PENTADBIRAN DAERAH
- Memberikan jawapan dalam masa empat belas (14) hari bekerja ke atas setiap aduan yang diterima.
- Memproses permohonan dan mengeluarkan lesen minuman keras dalam tempoh enam (6) bulan selepas permohonan lengkap diterima.
- Memproses permohonan dan mengeluarkan lesen hiburan awam dalam tempoh satu (1) bulan selepas permohonan lengkap diterima.
- Menyediakan baucer bayaran perkhidmatan dan bekalan dalam tempoh (7) hari dari tarikh bil diterima dari pihak pembekal/kontraktor.
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
- Melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas waran peruntukan / arahan pelaksanaan kerja diterima.
- Melaksanakan pembayaran kepada pembekal dan kontraktor dalam tempoh enam (6) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan bayaran yang lengkap.
- Melaksanakan dan menyiapkan 100% projek yang diluluskan setiap tahun.
- Memastikan setiap peserta E-Kasih yang layak menerima sekurang-kurangnya satu (1) bentuk bantuan.
TANAH
- Memastikan setiap permohonan tanah individu diproses dalam tempoh tiga (6) bulan.
- Memastikan kebenaran gadaian dan pindah milik diberi perakuan / kelulusan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
- Memastikan semua instrumen urusniaga dan bukan urusniaga yang didapati lengkap, sempurna dan teratur didaftarkan dalam tempoh 24 jam hari bekerja.
- Mengeluarkan bil-bil cukai tanah pada atau sebelum 31 Januari kepada pemilik-pemilik tanah yang mana nama dan alamat mereka didapati lengkap.
- Menyelesaikan semua permohonan pesaka kecil yang teratur dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh penerimaan borang permohonan.
- Memastikan permohonan pembangunan tanah yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat di bawah bidang kuasa Pentadbir Tanah diproses dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan diterima.
Melayu