Selasa 11 Ogos 2020 bertempat di Bilik Gerakan, Aras 1, Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama satu taklimat berkenaan Persediaan dan Struktur Sokongan Go-Live Sistem e-Tanah oleh Puncak Tegap Sdn. Bhd. (PTSB) telah diadakan. Taklimat tersebut adalah taklimat ulangan sebelum perlaksanaan persediaan go-live sistem e-Tanah yang dijangkakan akan bermula di awal September ini. Antara perkara-perkara yang diketetengahkan ialah:
- Taklimat Persediaan Go-Live
- Taklimat Struktur Sokongan
- Taklimat aktiviti Cutover
- Taklimat Operasi & Peranan Pegawai Teknologi Maklumat
Melayu