Perhimpunan Bulanan dan Program Bacaan Ikrar Bebas Rasuah

Jumaat 2 Ogos 2019: Bertempat di Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama satu program Perhimpunan Bulanan bagi bulan Ogos 2019 dan Bacaan Ikrar Bebas Rasuah telah diadakan bermula jam 8.00pagi. Ikrar Bebas Rasuah (IBR) ini merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hasil cetusan idea oleh mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri, Tan Sri Dzulkifli Ahmad. IBR ini memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama mereka memegang jawatan tersebut.

Selain daripada itu turut dilaksanakan ialah acara penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan dan Sambutan Hari Lahir kepada pegawai dan kakitangan yang telah menyambut hari lahir pada bulan Julai dan sebelumnya.

 

Melayu
IBR1
IBR2
IBR3
IBR4
IBR5
IBR6
IBR7
IBR8