Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019

Acara Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan telah diadakan di Daerah Larut Matang & Selama bertempat di Dataran Warisan, Taiping, Perak. Majlis sambutan dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran dan doa sebelum diikuti oleh nyanyian lagu Negaraku dan upacara menaikkan Jalur Gemilang serta lafaz ikrar Hari Kebangsaan. Lebih 5,000 peserta mewakili lebih 100 kontinjen mengambil bahagian dalam perarakan perbarisan kali ini yang diwakili oleh jabatan kerajaan, pasukan beruniform, daerah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, sekolah, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun.

Tahniah kepada kontinjen PDT Larut Matang dan Selama kerana mendapat tempat ke-2 Kawad Kategori Pejabat Daerah.

Melayu
Merdeka1
Merdeka2
Merdeka3
Merdeka4
Merdeka5
Merdeka6
Merdeka7
Merdeka8