Majlis Penyerahan Bangunan Baru Masjid Al-Taufikiah dan Jamuan Berbuka Puasa, Kg. Menteri, Kuala Sepetang

27 Mei 2019 bertempat di bangunan baru Masjid Al-Taufikiah, Kampung Menteri, Kuala Sepetang telah berlangsung program Penyerahan Bangunan Baru Masjid Al-Taufikiah kepada Majlis Agama Islam Perak (MAIPK) yang dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPK, Tn Hj Mohd Haidi Bin Sulaiman selaku penerima yang diserahkan oleh Pegawai Daerah Larut Matang & Selama, Tuan Mohamed Akmal b. Dahalan. Turut hadir ialah Y.A.Bhg Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Dato’ Haji Wan Mohd Isa Bin Dato' Haji Wan Mohd Razali, Orang Besar Jajahan Larut Matang & Selama dan Penyelaras DUN Kuala Sepetang Chua Yee Ling.

Program dimulakan dengan lawatan ke sekitar kawasan masjid, sesi bergambar sebelum ucapan oleh tuan pegawai daerah dan ucapan oleh Tn Hj Mohd Haidi Bin Sulaiman. Majlis Menandatangani Dokumen Serahan dan Terimaan bangunaan Masjid diadakan secara ringkas sebelum mengadakan acara Tahlil dan Jamuan Berbuka Puasa. Majlis bersurai kira-kira jam 8.15 malam setelah selesai menunaikan solat maghrib.

Melayu
Penyerahan Masjid
Penyerahan Masjid
Penyerahan Masjid
Penyerahan Masjid
Penyerahan Masjid