Kayuhan Merdeka 2020 Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama

Bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-63 tahun Pentadbiran Daerah Larut Matang dan Selama telah mengadakan acara Kayuhan Merdeka 2020 Daerah LMS bertempat di Dataran Warisan, Taiping.

Seramai lebih kurang 150 peserta kayuhan dan 10 kenderaan konvoi yang terdiri daripada penjawat awam dari agensi daerah LMS mengambil bahagian.

Pelepasan peserta disempurnakan oleh YB Dato' Dr Muhammad Amin bin Zakaria, ADUN Batu Kurau. Program kayuhan sejauh 34km bermula di Dataran Warisan dan berhenti seketika di Muzium Matang, seterusnya melalui Air Kuning, Taman Tasik Taiping dan kembali ke Dataran Warisan untuk sesi penamat dan pemberian cabutan bertuah.

 

Melayu
Kayuhan20201
Kayuhan 2020 2
Kayuhan 2020 3
Kayuhan 2020 4