Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) sedang dijalankan di seluruh negara. Banci 2020 merupakan Banci ke-6 sejak penubuhan Malaysia. Objektif pelaksanaan Banci 2020 adalah untuk mendapatkan stok dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci sehingga ke peringkat geografi terkecil pada suatu masa sebagai penanda aras bagi ciri-ciri demografi dan sosioekonomi penduduk yang terkini. Susulan pandemik COVID-19, Banci 2020 dilaksanakan secara dua fasa seperti berikut:

i. Fasa Pertama: 7 Julai hingga 30 September 2020 dengan pengumpulan data secara atas talian (e-Census dan telefon); dan

ii. Fasa Kedua: 7 hingga 24 Oktober 2020 dengan pengumpulan data secara bersemuka.

Bagi memastikan pengisian secara atas talian dioptimumkan sepenuhnya, mana-mana isi rumah yang tidak menerima poskad daripada Jabatan, turut digalakkan membuat pra pendaftaran e-Census di pautan https://ecensus.mycensus.gov.my bermula 7 Julai sehingga 23 September 2020 untuk mendapatkan invitation code.

Melayu
banci2020