Berita dan peristiwa

Program YB MB Perak di Parlimen Bukit Gantang

20 Februari 2016: Program Lawatan YAB Menteri Besar Perak ke Parlimen Bukit Gantang telah diadakan di Simpang Taiping bermula dengan ketibaan YAB MB ke Masjid Al-Islah, Pengkalan Aur. Program seterusnya dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang, Taiping dimana YAB Menteri Besar Perak telah Merasmikan Dewan Al-faisal dan Mesyuarat Agong PIBG SMK Simpang.
Selain daripada itu turut diadakan ialah Penyerahan Watikah kepada Ketua...

Sekitar Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama

Pada 15 Februari 2016 (Isnin) telah diadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama bertempat di Masjid Al-Hidayah, Assam Kumbang, Taiping.

Majlis Penyerahan Pentadbiran Bukit Larut Kepada MPT

Jumaat 12 Februari 2016: Majlis rasmi Penyerahan Pentadbiran Bukit Larut daripada Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama kepada Majlis Perbandaran Taiping telah diadakan bertempat di Kaki Bukit Larut, Taiping. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Nolee Ashilin Binti Dato’ Mohammed Radzi telah berkesempatan merasmikan majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Tuan Pegawai...

Perhimpunan Bulanan Bil.1 2016 PDTLMS

29 Januari 2015 (Jumaat) : Perhimpunan Bulanan bilangan pertama bagi tahun 2016 telah diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama bertempat di Bilik Gerakan PDTLMS. Tuan Kamarudin bin Awang selaku Pegawai Daerah telah menyampaikan beberapa amanat daripada Menteri Besar kepada semua kakitangan yang menghadiri perhimpunan tersebut. Turut diadakan ialah bacaan ikrar perkhidmatan awam.

Sekitar Majlis Sambutan Maulidur rasul Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama 1437H / 2015M

8 Januari 2016: Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama 1437H / 2016M telah diadakan bertempat di Masjid Ar-Rashdiah, Pekan Selama, Perak. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Y.A.Bhg Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Tuan Haji Wan Mohd Isa Bin Dato' Haji Wan Mohd Razali, Orang Besar Jajahan Larut Matang & Selama dan turut diadakan ialah Ceramah Perdana yang disampaikan oleh SF Ustaz Haji Zamri Bin...