16 Julai 2016 : Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan telah diadakan di Felda Ijok, Selama Perak yang mana Pegawai Daerah Larut Matang & Selama turut sama dijemput menghadiri majlis tersebut.
5 Julai 2016 bertempat di Plaza Tol Changkat Jering satu Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Perayaan Aidilfitri 2016 telah diadakan dengan penglibatan beberapa jabatan di peringkat daerah seperti PDRM, Bomba dan Penyelamat, JPAM dan turut tidak terkecuali kakitangan PDT Larut Matang dan Selama.
Pada 27 Jun 2016 bertempat di Rumah Kelab Petanda Taiping telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Dan Tarawikh Bersama Pegawai Daerah yang dianjurkan oleh AJK Kelab Petanda. Program bermula sekitar jam 6.50 petang dengan bacaan tahlil sebelum waktu berbuka tiba. Selepas waktu solat Maghrib turut diadakan ialah penyampaian sumbangan kepada anggota dan penyampaian duit raya kepada anak anggota yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Sendiri. Program...
Majlis Berbuka Puasa Bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa telah diadakan pada 12 Jun 2016 bersamaan 7 Ramadhan 1437 Hijrah (Ahad) bertempat di Masjid As-Syakirin, Kampung Rancangan Belia Khas, Kubu Gajah, Selama, Perak Darul Ridzuan. Turut hadir adalah Y.B. Dato' Dr. Hj. Muhamad Amin Zakaria mewakili Y.A.B. Menteri Besar Perak untuk mengiringi D.Y.T.M. Tuanku. Juga turut hadir...
3 Jun 2016 (Jumaat) : Pegawai Daerah telah melancarkan Program Goes Green anjuran Jabatan Pengairan Dan Saliran daerah Larut Matang dan Selama.
Program bermula pada jam 9.30 pagi dengan gimik penanaman pokok di Pejabat Jurutera Daerah, Pengairan Dan Saliran daerah Larut Matang dan Selama.
Kelab PETANDA LMS akan mengadakan satu majlis untuk meraikan para atlit yang mewakili jabatan pada Karnival Sukan PETANDA 2016 bertempat di Perkarangan Kediaman Pegawai daerah Larut, Matang dan Selama pada 1 Jun 2016 bermula pada jam 2.45 petang. Semua kakitangan adalah dijemput hadir bagi memeriahkan program ini.
Pada hari Jumaat 27 Mei 2016 bertempat di Bilik Gerakan, Aras 1, Pejabat Daerah & Tanah Larut Matang Dan
Selama telah diadakan satu Ceramah Sempena Program Sambutan Ramatan Al-Mubarak oleh YBhg. Ustaz Mohamad
Fahmi Bin Rusli dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. Program bermula seawal 8.30 pagi dan berakir pada
jam 9.30 pagi.
Pada 21-22 Mei 2016 telah berlangsung satu Pertandingan Sepak Takraw Terbuka Negeri Perak bertempat di Dewan Astaka Batu Kurau untuk merebut Piala Y.B. Dato' Dr. Hj. Muhammad Amin Bin Haji Zakaria. Pada pertandingan ini Pasukan Pejabat Setiusaha Kerajaan Negeri Perak telah menjadi johan Kategori Terbuka Lelaki dengan membawa pulang hadiah berjumlah RM2,000 beserta piala yang dimenangi. Tahniah untuk pasukan SUK Perak..
19 Mei 2016: Pegawai Daerah Taiping telah merasmikan Mesyuarat Agung PEMADAM Daerah Larut Matang dan Selama bertempat di Dewan Perbandaran Taiping.
Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama telah menerima "Ucapan Penghargaan" oleh Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak apabila berjaya mencapai Penarafan Lima (5) Bintang Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik Berdasarkan Akauntabiliti Bagi Tahun 2015 oleh Jabatan Audit Negara.
Beliau berharap agar prestasi cemerlang ini akan dapat dipertahankan dan dicontohi oleh lain-lain jabatan/Agensi di...
14 Mei 2016 : Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama telah melancarkankan Program Senamrobik dan Showcase sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak di Dataran Warisan Taiping.
30 April - 1 Mei 2016 Bertempat di Dewan majlis Daerah Batu Gajah Acara Ping-Pong telah berlangsung dimana pasukan Petanda LMS berjaya menduduki tempat ke-4 apabila tewas pada penentuan tempat ke-3 dan ke-4 dengan pasukan Petanda Batang Padang.
22-24 April 2016: Pasukan Bolasepak & Bola Jaring kelab Petanda LMS telah berkunjung ke daerah Pangkalan Hulu untuk Acara Bolasepak & Bola Jaring Sukan Petanda Kali Ke-6. Pertandingan adalah secara liga dan bagi bolasepak Petanda LMS hanya berjaya ke separuh akhir dimana bertemu dengan pasukan daripada Petanda Kuala Kangsar dan perlawanan terpaksa diheret ke sepakan penalti apabila masing-masing seri dengan agregat 2-2. Petanda Kuala...
Berikut adalah senarai pegawai-pegawai yang baru bertukar ke jabatan lain bagi bulan April 2016
Pegawai Dinaikkan Pangkat dan Bertukar:
Puan Nur Afzan Binti Abdul Rahaman
Daripada Penolong Jurutera J29 kepada Jurutera J41
Kementerian Kerja Raya , Kuala Lumpur
Mulai 18 April 2016
Pegawai bertukar keluar:
Puan Marlia binti Mohd Belia
Pejabat Setiausaha...
Pada 16 April 2016 telah berlangsung Kejohanan Bola Tampar Sukan PETANDA 2016 bertempat di Teluk Intan Perak. Pasukan PETANDA Larut Matang dan Selama hanya berjaya ke suku akhir apabila tewas kepada Pejabat Tanah dan Galian Perak dan Petanda Hulu Perak untuk ke saparuh akhir. Apapun pujian harus diberikan kepada pasukan bola tampar LMS kerana berjaya sehingga ke tahap ini. Tahniah, berusaha lagi untuk dua tahun akan datang..
16 April 2016 telah berlangsung Perayaan 100 Tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertempat di Pusat Eco Pelajaran Hutan Paya Laut, Matang, Taiping Perak. Acara telah disempurnakan oleh DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan. Turut mencemar duli hadir pada acara tersebut ialah DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan dan DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan. Antara program yang dilaksanakan ialah pelancaran 'Grooving The Mangroves',...
9 April 2016 bertempat di Arena Sepak Takraw, Majlis Perbandaran Taiping telah berlangsung Acara Perasmian Kejohanan Sepaktakraw Petanda 2016 oleh Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama, Tuan Kamaruddin Bin Awang. Acara bermula seawal 7.30 pagi dimulai dengan pendaftaran semua peserta kejohanan dan acara perasmian dimulakan dengan ucapan Pegawai Daerah LMS beserta gimik pelancaran yang disempurnakan oleh beliau. Pasukan Sepak Takraw Petanda...
Ahad 3 April 2016 satu lagi kejohanan Sukan Petanda telah berlangsung bertempat di Spritzer Ecopark, Jalan Air Kuning, Taiping Perak iaitu Acara Mini Golf. Pasukan Petanda yang diketuai oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (PLB) hanya berjaya mendapat tempat ke-9. Acara ini juga menjadi sejarah apabila dikatakan acara mini golf pertama yang dimasukkan dalam Sukan Petanda dan yang lebih membanggakan ianya berlangsung di daerah Taiping. Tempat...
2 April 2016 telah berlangsung Kejohanan Futsal bertempat di gelanggang Futsal Prosport, Gunung Rapat, Ipoh. Pasukan futsal lelaki dan wanita Petanda Larut Matang Dan Selama masing-masing telah berjaya merangkul tempat Ke-2 keseluruhannya apabila pasukan lelaki tewas dengan Pasukan SUK Perak dengan agregat 4-2 manakala pasukan wanita dengan agregat 2-0 pada perlawanan akhir acara tersebut. Walaubagaimanapun pasukan futsal lelaki dan wanita...
25 Mac 2016: Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Tahun 2015 Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang Dan Selama telah diadakan bertempat di Hotel Legend Inn, Taiping. Majlis bermula kira-kira jam 3.30petang dimulai dengan nyanian lagu Negaraku dan lagu Penjawat Awam disusuli dengan bacaan Doa oleh Penghulu Abdullah Bin Che Hamad. Tuan Pegawai Daerah turut berkesempatan menyampaikan amanat dan ucapan ringkas sebelum beliau...
22 Mac 2016, Majlis Perasmian ADTEC Taiping telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfullah di Dewan Besar Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping, 34600 Kamunting, Taiping, Perak Darul Ridzuan. Warga PDTLMS merafak sembah menjunjung kasih di atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum...
12 Mac 2016: YB SUK Perak, Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan berserta kakitangan Pejabat SUK Perak telah mengadakan Kunjungan Muhibbah ke DUN Batu Kurau. Turut serta dalam program ini ialah Tuan Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama dan Y.B Dato' Dr. Hj. Muhammad Amin bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau juga sebagai wakil rakyat Batu Kurau.
11 Mac 2016: Kira-kira seramai 40 pegawai dan anggota kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah termasuk Pegawai Daerah Melaka Tengah, Datuk Rusnani binti Latip telah mengadakan lawatan ke PDT Larut Matang & Selama pada jam 3.00 petang. Pihak PDT Larut Matang & Selama dimaklumkan tujuan lawatan ini ialah sempena PDT Melaka Tengah sedang mengadakan Kursus Inovasi dan KIK Jabatan di daerah ini.
4 Mac 2016: Majlis Penyampaian Watikah Lantikan Pengerusi JKKK Parlimen Taiping dan Watikah Lantikan Jawatankuasa Dan Pegawai Masjid Daerah Taiping telah diadakan pada jam 3.30petang bertempat di Hotel Taiping Perdana, Taiping.
Hadir dalam majlis tersebut ialah Y.A.Bhg Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Tuan Haji Wan Mohd Isa Bin Dato' Haji Wan Mohd Razali Orang
Besar jajahan Larut Matang & Selama, YBhg. Dato' Ahmad Shalimin Bin...
25 Februari 2016: Satu Mesyuarat Penghulu-Penghulu Daerah Larut Matang & Selama Bersama Pegawai Daerah dan Pegawai-Pegawai Kanan Daerah Tahun 2016 telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna, Kampung Batu 6/7, Ulu Selama.