Berita dan peristiwa

  • Penyerahan Masjid

    Majlis Penyerahan Bangunan Baru Masjid Al-Taufikiah dan Jamuan Berbuka Puasa, Kg. Menteri, Kuala Sepetang

    27 Mei 2019 bertempat di bangunan baru Masjid Al-Taufikiah, Kampung Menteri, Kuala Sepetang telah berlangsung program Penyerahan Bangunan Baru Masjid Al-Taufikiah kepada Majlis Agama Islam Perak (MAIPK) yang dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPK, Tn Hj Mohd Haidi Bin Sulaiman selaku penerima yang diserahkan oleh Pegawai Daerah Larut Matang & Selama, Tuan Mohamed Akmal b. Dahalan. Turut hadir ialah Y.A.Bhg Orang Kaya Menteri...

  • Ramadhan

    Program Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk dan Majlis Iftar Ramadhan PDTLMS

    23 Mei 2019 Kelab Sukan dan Kebajikan Warga Kerja Pejabat Daerah Larut Matang dan Selama (PETANDA Taiping) telah mengadakan program Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk di perkarangan kantin pejabat. Program disertai oleh ahli-ahli jawatankuasa dan agihan bubur lambuk disempurnakan oleh pegawai daerah di lobi pejabat. Pada sebelah petangnya pula telah diadakan Majlis Iftar Ramadhan bertempat di kediaman rasmi pegawai daerah dengan dimulakan...

  • APC 2018 1

    Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Tahun 2018

    Pada 3 Mei 2019 bertempat di Hotel Taiping Perdana telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Tahun 2018 bagi Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang Dan Selama dan Pejabat Daerah dan Tanah Selama. Program telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Y.Brs Tuan Mohamed Akmal b. Dahalan pada kira-kira jam 3.30 petang. Seramai 16 orang pegawai dan anggota PDT LMS/ PDT Selama telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang...

  • Lawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) ke Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama

    8 Mac 2019: Lawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah ke Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama telah berlangsung bertujuan mengenali dan mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan pentadbiran selain kemudahan yang disediakan oleh PDT Larut Matang Dan Selama. Turut serta dalam lawatan ini ialah YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman dan YBrs Timbalan Setiausaha...

  • Ops bersepadu

    Majlis Pelancaran Ops Bersepadu Kempen Keselamatan Jalan Raya

    1 Februari 2019: Majlis Pelancaran Ops Bersepadu Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena Perayaan Tahun baru Cina Peringkat Negeri Perak Tahun 2019 telah diadakan di Kawasan Rehat Dan Rawat (RNR) Bukit Gantang (Arah Utara) bermula dari jam 10.00pagi disempurnakan oleh YB Encik Abdul Yunus Bin Jamhari, Exco Kerajaan Negeri Perak merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Perak.

  • Perkampungan sukan

    Majlis Perasmian Perkampungan Sukan SUKMA XIX Daerah Larut Matang dan Selama

    14 September 2018 bertempat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) Taiping telah diadakan Majlis Perasmian Perkampungan Sukan SUKMA XIX Daerah Larut Matang dan Selama oleh Pegawai Daerah LMS. Perkampungan sukan ini dihuni oleh atlit-atlit bola jaring dan berbasikal dari seluruh negara yang menyertai acara tersebut pada Sukan SUKMA kali ini.

  • larian obor

    Larian Obor Sukma XIX dan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2018

    6 September 2018 bertempat di Dataran Warisan dan sekitar Bandar Taiping telah diadakan program Larian Obor Sukma XIX Perak dan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2018 peringkat Daerah Larut Matang dan Selama. Program ini disempurnakan oleh Orang Besar Jajahan Larut Matang & Selama, Y.A.Bhg Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Dato’ Haji Wan Mohd Isa Bin Dato' Haji Wan Mohd Razali dan turut dihadiri oleh pemimpin masyarakat, kakitangan kerajaan di...

  • taklimat keselamatan tentang kebakaran

    Latihan menghadapi bencana kebakaran bersama Bomba dan Penyelamat Taiping

    Pada 7 Ogos 2018 bertempat di perkarangan Pejabat Daerah Dan Tanah Larut Matang dan Selama telah diadakan latihan dan simulasi bagi menghadapi bencana kebakaran oleh Pasukan Bomba Dan Penyelamat Taiping. Selain daripada itu juga taklimat keselamatan tentang kebakaran juga turut diadakan bertempat di Bilik Gerakan PDT Larut Matang.

  • Bantuan pasca banjir 1

    Majlis Penyerahan Bantuan Pasca Banjir

    6 Jun 2018 bertempat di Bilik Jamuan Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama telah diadakan Majlis Penyerahan Bantuan Pasca Banjir oleh Media Prima Berhad.

  • Tahlil1

    Majlis Tahlil, Berbuka Puasa dan Solat Tarawikh di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah LMS

    31 Mei 2018 bertempat di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama telah diadakan Majlis Tahlil, Berbuka Puasa dan Solat Tarawikh. Program tersebut bermula pada jam 6.30 petang dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa. Program turut dihadiri oleh ahli keluarga kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Larut Matang dan Selama.

  • Gotong royong pasca2

    Program Gotong-Royong Pasca Banjir di Mukim Trong dan Mukim Sungai Tinggi

    29 Mei 2016 bermula jam 8.00 pagi bertempat di Mukim Trong telah diadakan satu Program Gotong-Royong Pasca Banjir bagi membantu mangsa-mangsa banjir di daerah Larut Matang & Selama terutama di mukim Trong dan Mukim Sungai Tinggi. Program turut disertai oleh jabatan-jabatan kerajaan negeri di daerah ini dan jabatan persekutuan seperti JPAM, Bomba dan Penyelamat, PDRM, ATM dan lain-lain lagi. Turut serta juga adalah pasukan Volunteer...

  • Perhimpunan Bulanan Bilangan 1/2018 1

    Perhimpunan Bulanan Bilangan 1/2018

    22 Februari 2018 telah diadakan satu program Perhimpunan Bulanan Bilangan 1/2018 bertempat di Bilik Gerakan Aras 1, Pejabat Daerah Larut Matang dan Selama disempurnakan oleh KPPD(T) Menanggung Kerja Pegawai Daerah Larut Matang Dan Selama, En. Mohamed Akmal Bin Dahalan yang mana beliau telah menyampaikan beberapa amanat kepada semua kakitangan. Turut diadakan ialah sambutan hari lahir bagi kakitangan yang lahir pada bulan Januari dan Februari...

  • Agung1

    Mesyuarat Agung Kelab PETANDA Larut Matang

    2 Februari 2018 bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Dan Tanah Larut Matang Dan Selama telah berlangsung Mesyuarat Agung Kelab Sukan Dan Kebajikan Pejabat Daerah Dan Tanah (PETANDA) Larut & Matang, Taiping. Mesyuarat bermula pada jam 3.00petang dipengerusikan oleh En. Mohd Ikram Bin Ahmad (KPPD PLB) selaku Naib Yang Di-Pertua Kelab PETANDA Larut & Matang. Laporan kewanagan kelab dibentangkan oleh Puan Nor Asikin Binti Muhammad...

  • JKTD1

    Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah (JKTD) Parlimen Bukit Gantang

    29 Januari 2018 bertempat di Dewan Bunga Raya, Changkat Jering, Taiping telah diadakan satu Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah (JKTD) bagi Parlimen Bukit Gantang. Mesyuarat JKTD Khas ini telah dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir. Turut hadir ialah Barisan Exco Kerajaan Negeri Perak, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Y.B. Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan, Pegawai Kewangan...

  • Bersara4

    Hari Terakhir Pegawai Daerah Larut Matang Bertugas Sebagai Penjawat Awam

    Jumaat 29 Disember 2017 merupakan hari terakhir Pegawai Daerah Larut Matang Dan Selama iaitu Dato' Haji Kamaruddin Bin Awang berkhidmat sebagai penjawat awam. Bermula jam 8.15 pagi telah diadakan satu perhimpunan bulanan khas sempena hari terakhir persaraan beliau dan pada sebelah petangnya beliau dibawa berarak mengelilingi Taman Tasik Taiping dengan menaiki kereta klasik dan diiringi dengan motorsikal vespa setelah selesai 'punch out' yang...

  • jumaat1

    Program Solat Jumaat Bersama D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan

    Jumaat, 10 November 2017: D.Y.T.M. Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa telah berkenan mencemar duli menghadiri program solat Jumaat bersama bertempat di Masjid Bukit Gantang, Taiping. Majlis dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Jabatan Daerah, Penghulu-Penghulu Mukim, Kakitangan-kakitangan kerajaan, AJK Masjid serta Orang Ramai. Majlis dimulai dengan ketibaan orang ramai serta ketibaan dif-dif...

  • En. Faizol Amir bin Mohd Azraie

    Kursus Asas Pengurusan Kewangan Serta Tuntutan Dalam Perkhidmatan Awam

    7-8 November 2017 bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang Dan Selama telah diadakan Kursus Asas Pengurusan Kewangan Serta Tuntutan Dalam Perkhidmatan Awam yang dianjurkan oleh Unit Latihan BKP. Kursus ini telah mengundang penceramah dari Pejabat Bendahari Negeri Perak merangkumi beberapa tajuk asas iaitu:

    • Asas Pengurusan Kewangan Kerajaan
    • Pengurusan Perolehan - Pembelian Terus dan Sebutharga...

  • per1

    Perhimpunan Bulanan Bulan November 2017

    1 November 2017 bertempat di Perkarangan Pejabat Daerah Dan Tanah Larut Matang telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Bulan November 2017. Program bermula kira-kira jam 8.10 pagi dimulai dengan nyanian lagu Negaraku dan lagu Perkhidmatan Awam disusuli bacaan doa oleh En Mohamad Bin Hasan Ketua Pembantu Tadbir di Bahagian Pembangunan Luar Bandar. Majlis kemudiannya menjemput Pegawai Daerah Larut Matang Dan Selama, YBhg. Dato' Haji Kamaruddin...

  • inov1

    Anugerah Inovasi Pentadbiran Tanah (AIPDT) 2017

    31 Oktober 2017 bertempat di Dewan Bankuet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah berlangsung Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2017 Peringkat Negeri Perak. Pada majlis ini PDTLMS telah menerima anugerah saguhati bernilai RM750 bagi inovasi yang dipertandingkan iaitu aplikasi android iConverter yang dipertandingkan di bawah kategori Anugerah Inovasi Pentadbiran Tanah (AIPDT) 2017. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh...

  • kes1

    Inspektorat Khas Keselamatan

    Pada 16-17 Oktober 2017 Pejabat Daerah Dan Tanah Larut Matang Dan Selama telah dikunjungi oleh wakil Inspektorat Khas Keselamatan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Perak bagi pengauditan Penilaian Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan.