Sejarah

SEJARAH BANDAR TAIPING

Bandar Taiping merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum 1973, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.

Taiping bermaksud “Aman” atau “Damai” dalam bahasa Cina. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Gee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu.

Persatuan kontgsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai,Taiping telah dipilih sebagai baru bagi bandar di daerah Larut.

1880-an bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenalin sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato’ Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh sultan Perak padab ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini.

Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Suangai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

1874 setelah British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen British.

1880-an ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke Bandar Taiping setelah J.W.W Birch dibunuh oleh Dato’ Maharaja Lella di Pasir Salak pada tahun 1875.

1937 Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak. Ipoh dipilih sebagai ibu negeri Perak kerana terletak di tengah-tengah negeri Perak.

Bukit Larut atau Maxwell Hill, dibuka oleh Pembantu Residen British ketika itu, William Edward pada tahun1884 dan kawasan ini merupakan stesen perhentian di kawasan tertinggi tertua di Malaysia.

Hospital Taiping, dikenali sebelum sebagai Hospital Yeng Wah, terletak di Jalan Taming Sari , dibina pada tahun 1880. Hospital yang diiktiraf sebagai yang tertua di Malaysia mencatat sejarah kerana menjadi hospital pertama dilengkapi dengan kemudahan x-ray selepas bebrapa bulan diperkenalkan kepada umum oleh penciptanya Prof. W.C Roentgen.

Landasan keretapi yang menghubungkan di antara Taiping dengan Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld) bermula dari tahun 1882 dan siap didalam tahun 1885, dengan nilai kos sebanyak £7000, yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak ketika itu.
Landasan keretapi pertama ini dirasmikan oleh Residen Perak ketika itu, Sir Hugh Low. Tujuan pembinaan adalah sebagai kemudahan pengangkutan tenaga buruh lombong bijih timah dan sebagai medium pengangkutan untuk pengeluaran bijih timah dari Taiping untuk dieksport.

SEJARAH BANGUNAN PDTLMS

Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah ini telah siap dibina dalam tahun 1897. Bangunan ini direka dengan senibina "Victorian Neo-Classical". Bangunan asal adalah berbentuk huruf C yang bersimetri bersempena dengan nama Mr. St Francis Caulfield, Jurutera Kanan PWD(Public Work Department).

Pada era 1890-an bangunan dikenali dengan nama "New Public Office". Bangunan ini pernah digunakan sebagai Pejabat Kerajaan Negeri Perak dan merupakan sebuah bangunan kerajaan yang paling moden semasa era pembinaannya. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Sultan Idris Musyidul Shah pada tahun 1987. Kontraktor yang menyiapkan bangunan ini adalah Mr. Fam Fook dengan kos sebanyak $79,000.00.

Pada tahun 2012 bangunan ini telah didaftarkan sebagai warisan di bawah akta warisan kebangsaan 2005 (akta 645) oleh jabatan warisan Negara.

Melayu
Bangunan Pejabat Daerah LMS