Piagam Pelanggan

PENTADBIRAN

  1. Memberikan maklumbalas dalam masa tiga (3) hari dan jawapan dalam masa tujuh (7) hari ke atas setiap aduan yang diterima.
  2. Memproses permohonan dan mengeluarkan lesen minuman keras dalam tempoh enam (6) bulan selepas segala maklumat mengenainya lengkap.
  3. Memproses permohonan dan mengeluarkan lesen hiburan awam dalam tempoh satu (1) bulan selepas segala maklumat mengenainya lengkap.

 

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

  1. Mengemukakan keputusan permohonan dan cadangan-cadangan projek dalam masa tiga (3) bulan selepas segala maklumat mengenainya lengkap.
  2. Melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan dalam tempoh 2 bulan selepas waran peruntukan / arahan pelaksanaan kerja diterima.
  3. Melaksanakan pembayaran kepada pembekal dan kontraktor dalam tempoh enam (6) hari selepas tuntutan lengkap diterima.
  4. Memastikan setiap peserta E-Kasih yang layak menerima sekurang-kurangnya satu (1) bentuk bantuan.
  5. Mengemaskini senarai E-Kasih pada setiap bulan.

 

TANAH

  1. Memastikan setiap permohonan tanah individu diproses dalam tempoh tiga (3) bulan.
  2. Memastikan kebenaran gadaian dan pindah milik diberi perakuan / kelulusan dalam tempoh tiga (3) hari.
  3. Memastikan semua instrumen urusniaga dan bukan urusniaga yang didapati lengkap, sempurna dan teratur didaftarkan dalam tempoh 24 jam hari bekerja.
  4. Mengeluarkan bil-bil cukai tanah pada atau sebelum 31 Januari kepada pemilik-pemilik tanah yang mana nama dan alamat mereka didapati lengkap.
  5. Menyelesaikan semua permohonan pesaka kecil yang teratur dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh penerimaan borang permohonan.
  6. Memastikan permohonan pembangunan tanah yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat di bawah bidang kuasa Pentadbir Tanah diproses dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh permohonan diterima.
Melayu