Panduan Urusan Tanah

 

Penerangan ringkas

Bahan batu bermaksud apa-apa batuan, batu, marmar, kelikir, pasir, tanah bumi, laterit, tanah gembur, tanah liat, tanah lumpur, tanah rumput, gambur, karang, cenkerang atau tahi kelawar di dalam atau di atas mana- mana tanah dan termasuk juga apa-apa bata, granit, batu kapur, simen atau lain-lain barangan yang dikilang darinya

Seksyen 5 KTN

 

Pemohon yang layak

Permohonan boleh dibuat oleh orang-orang atau badan-badan seperti berikut :-

  • Orang perseorangan berumur 18 tahun ke atas
  • Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan mereka untuk memegang tanah
  • Raja-raja pemerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberikuasa untuk memegang tanah di bawah Peruntukan- Peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsuler, 1957
  • Badan-badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah dibawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

Seksyen 43 KTN

 

Tanah yang boleh dikeluarkan permit

  • Tanah Kerajaan.
  • Tanah Milik (Geran).
  • Tanah Lombong.
  • Tanah Rizab.

Seksyen 70 KTN

 

Permohonan dibuat

Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang dan dokumen seperti berikut :-

  • Borang Jadual 1A (2 salinan).
  • Borang maklumat tambahan.
  • Pelan kawasan yang dipohon (8 salinan).
  • Sijil Carian Rasmi bagi tanah milik (geran).
  • Surat kebenaran Akuan Berkanun pemilik tanah jika pemohon bukan pemilik tanah
  • Satu salinan Undang-Undang Tubuh jika permohonan dari Syarikat/Perbadanan
 

Bayaran

Borang Jadual 1A

RM 2

Pembelian Pelan

RM 20

Bayaran Permohonan

RM 50

Kerja-kerja Memperenggan Kawasan

RM 150 bagi satu hektar atau kurang (setiap tambahan satu hektar atau sebahagian daripadanya RM 40)

 

Permohonan perlu dikemukakan

Permohonan boleh dikemukakan ke Pejabat Tanah mengikut kawasan yang dipohon.

 

Kuasa melulus

Pentadbir Tanah kecuali tanah-tanah rizab sungai / tasek / laut oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Seksyen 13 & 70 KTN

 

Kadar bayaran pemindahan bahan batu

Tanah

RM 1.00 satu tan metrik

Laterit

RM 1.00 satu tan metrik

Tanah gembur

RM 1.00 satu tan metrik

Tanah Liat

RM 1.00 satu tan metrik

Pasir

RM 1.00 satu tan metrik

Karang

RM 1.00 satu tan metrik

Cenkerang

RM 1.00 satu tan metrik

Silika

RM 5.00 satu tan metrik

Batu Kapur

RM 1.50 satu tan metrik

Tanah rumput

RM 1.50 satu tan metrik

Tahi Kelawar

RM 5.00 satu tan metrik

Batu pejal, batu atau granit

RM 1.00 satu tan metrik

Bata

RM 10.00 bagi 1000 ketul atau sebahagian

Jubin

RM 4.00 bagi 1000 ketul atau sebahagian

Marmar

RM 20.00 satu tan metrik

Buku Doket

RM 3.00 satu buku

 

Bayaran wang pertaruhan (deposit)

  • Bayaran wang pertaruhan ( deposit ) adalah mengikut kadar yang ditentukan oleh Pentadbir Tanah.
  • Perkara yang perlu dilakukan selepas permohonan diluluskan:- 
    ---> Menjelaskan segala bayaran yang dikenakan dalam tempoh yang ditetapkan dan mendapatkan resit bayaran 
    ---> Menandatangani surat akuan mematuhi syarat permit 
    ---> Mengemukakan 4 salinan pelan kawasan yang telah diperenggan. 
    ---> Mengambil Permit 4C. 
    ---> Mengambil doket.
 

Bahan batu boleh dikeluarkan

Bahan batu boleh dikeluarkan mengikut tarikh yang ditetapkan dalam permit.

 

Syarat-syarat yang dikenakan

Syarat-syarat yang lazim digunakan ialah seperti berikut:-

  • Setiap pemandu lori yang membawa bahan batu dari kawasan yang diluluskan hendaklah membawa sekeping doket yang mencatat jumlah bahan batu yang dibawa, tarikh, masa, jenis bahan batu dan tempat yang hendak dipindahkan.
  • Setiap doket yang dikeluarkan hendaklah disediakan dengan sempurna dan kertas karbon dua muka mesti digunakan
  • Kenderaan / lori yang digunakan hendaklah mengisi muatan sepertimana yang ditulis pada doket. Muatan tersebut pula mesti sama paras dengan dinding lori dan penggunaan papan tambahan adalah TIDAK DIBENAR sama sekali. Had muatan juga mesti selaras dengan yang dibenarkan dan diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, Malaysia.
  • Pemandu lori dikehendaki memberhentikan lori sekiranya pemeriksaan dan sekatan dibuat oleh Pegawai Penguatkuasa Pejabat Tanah dan Galian Negeri / Pejabat Tanah.
  • Lori hendaklah ditutup dengan kanvas dan mempastikan jalan yang dilalui tidak kotor dan mengancam keselamatan orang ramai.
  • Sebarang kerosakan harta awam yang bersabit dengan pemindahan bahan batu adalah menjadi tanggungjawab pada pemegang permit. Jika gagal mengatasinya maka wang pertaruhan boleh dirampas
  • Pemindahan bahan batu tidak dibenarkan pada hari Ahad dan hari Kelepasan Am. KECUALI pada hari Sabtu pertama dan ketiga bulan berkenaan atau mendapat kebenaran khas daripada Pentadbir Tanah.
  • Kerja-kerja pemindahan bahan batu hanya dibenarkan antara jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang sahaja.
  • Pemegang permit adalah dikehendaki menyelenggarakan rekod harian pemindahan di tempat pengambilan bahan batu dan mengemukakan rekod tersebut untuk pemeriksaan oleh Pengarah Tanah dan Galian, Pentadbir Tanah dari masa ke semasa.
  • Pemegang permit adalah dikehendaki mengemukakan kepada Pentadbir Tanah satu salinan rekod harian sepertimana yang dinyatakan di para ( i ) di atas dan penyata bulanan bahan batu diambil tiap-tiap bulan tidak lewat daripada 4 haribulan yang berikutnya atau pada tarikh permohonan semula yang mana lebih awal. ( Bagi pemindahan bahan batu yang diluluskan kurang dari tempoh satu bulan, penyata harian sahaja diperlukan ).
  • Pengambilan bahan batu hendaklah dari kawasan yang diberi kebenaran sahaja.
  • Pentadbir Tanah boleh mengenakan syarat-syarat tambahan dari masa ke semasa jika perlu.
 

Tindakan yang dikenakan sekiranya berlaku pelanggaran syarat

Permit boleh dibatalkan dan wang pertaruhan serta doket boleh dirampas.

 

Permit boleh ditamatkan sekiranya:-

  • Pemegang permit meninggal dunia.
  • Badan atau syarikat dibubarkan.
 

Permit boleh dibatalkan sekiranya

Permit boleh dibatalkan apabila kawasan berkenaan diperlukan atas kepentingan kerajaan.

 

Tindakan yang dikenakan sekiranya bahan batu dikeluar dan dipindahkan tanpa permit

  • Denda tidak melebihi RM 10,000.00; atau
  • Penjara untuk satu tempoh tidak melebihi satu tahun; atau kedua-duanya sekali

Seksyen 426 (1) KTN

Seksyen 97 & 100 KTN

 

 
 

Penerangan ringkas

Tukar syarat tanaman ialah menukar syarat sesuatu jenis tanaman kepada tanaman yang lain. 

Contoh : Tanaman GETAH ditukar kepada KELAPA SAWIT.

Seksyen 124 KTN

 

Pemohon yang layak

Pemilik Tanah (Perseorangan / Syarikat / Perbadanan) atau Pemegang Suratkuasa Wakil.

 

Borang yang digunakan

Borang Permohonan Tukar Syarat boleh didapati di mana-mana Pejabat Tanah.

 

Cara memohon

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Pejabat Tanah dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut :-

  • Satu salinan dokumen hakmilik keluaran
  • Satu salinan resit cukai tanah semasa
  • Satu salinan kad pengenalan
  • Surat persetujuan bagi mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar di atas tanah
  • Satu salinan sijil carian rasmi hakmilik berkenaan
  • Permohonan daripada syarikat hendaklah disertakan dengan Undang-Undang Tubuh, senarai Ahli Lembaga Pengarah (Borang 49) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat, Penyata Pembahagian Saham (Borang 24) dan Perpindahan Saham (Borang 32A) yang disahkan oleh syarikat yang memohon.
 

Bayaran

Permohonan

RM 20 satu hakmilik

Endosan / Catatan

RM 30 satu hakmilik

Lain-lain bayaran

seperti dalam borang 7G

 

Kuasa Melulus

  • Hakmilik Pejabat Pendaftar (Geran / Pajakan Negeri / HSD) diluluskan oleh Pengarah Tanah dan Galian.
  • Hakmilik Pejabat Tanah (Geran Mukim / Pajakan Mukim / HSM) diluluskan oleh Pentadbir Tanah.
 

Tindakan selepas permohonan diluluskan

  • Pemohon akan diberitahu mengenai kelulusan dan syarat-syarat berserta dengan notis dalam borang 7G.
  • Tempoh kelulusan ialah tiga (3) bulan daripada tarikh notis diterima.
  • Jika dipersetujui, pemohon diminta menjelaskan segala bayaran yang ditetapkan dalam borang 7G.
 

Tukar syarat berkuatkuasa

  • Setelah endosan dibuat di dalam hakmilik berkenaan.
  • Dokumen Hakmilik Keluaran diserahkan kepada pemohon.
 

Peringatan

Pelanggaran syarat secara berterusan boleh mengakibatkan tanah dirampas oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Seksyen 130 KTN

 

Contoh borang

  • Borang Permohonan Tukar Syarat
  • Notis dalam Borang 7G
  • Menyerahkan Dokumen Hakmilik Keluaran

Seksyen 97 & 100 KTN

 

 
 

Penerangan ringkas

Menarik balik Kaveat Persendirian ialah melepaskan segala sekatan atau halangan yang telah dimasukkan oleh pengkaveat di atas hakmilik berkaitan.

 

Borang yang digunakan

Permohonan menarik balik Kaveat Persendirian hendaklah menggunakan borang 19G yang boleh dibeli di mana-mana Pejabat Tanah.

Seksyen 325 KTN

 

Cara mengisi borang 19G

Segala maklumat dalam Borang 19G boleh ditaip atau ditulis dengan terang dan jelas. 

Borang yang sudah diisi dengan lengkap mestilah diakusaksi oleh mana-mana pegawai atau orang yang disenaraikan diantaranya seperti berikut :-

  • Majistret
  • Pengarah Tanah dan Galian
  • Pendaftar Hakmilik
  • Pentadbir Tanah
  • Peguambela dan Peguam Cara.
  • Penyaksi Awam (Notary Public)
 

Tindakan selepas menyempurnakan borang 19G

Menyerahkan dokumen-dokumen berikut ke kaunter Bahagian Hakmilik Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri / Bahagian Pendaftaran Pejabat Tanah berkenaan.

  • Borang 19G yang lengkap.
  • Bayaran yang ditetapkan.
 

Kesan penarikan balik kaveat persendirian

Apabila penarikan balik Kaveat Persendirian didaftarkan, segala sekatan dan halangan ke atas urusniaga terbatal.

 

Bayaran

Pembelian Borang 19G

RM 3 satu set

Penyaksian Borang 19G

RM 5 satu penyaksian

Pendaftaran Penarikan Balik Kaveat

RM 200 satu Hakmilik

Pendaftaran : 

Suratkuasa Wakil Daftar

RM 50 satu suratkuasa

 

Kuasa Melulus

  • Hakmilik Pejabat Pendaftar (Geran / Pajakan Negeri / HSD) diluluskan oleh Pendaftar Hakmilik.
  • Hakmilik Pejabat Tanah (Geran Mukim / Pajakan Mukim / HSM) diluluskan oleh Pentadbir Tanah.
 

Contoh borang dan dokumen

Borang 19G

Seksyen 97 & 100 KTN

 

Penerangan ringkas

Pindahmilik tanah ialah memindahkan hak pemilikan tanah dari pemilik semasa kepada pemilik baru sama ada melalui pemberian kasih sayang, jual beli tanah atau Perintah Mahkamah.

 

Borang yang digunakan

Permohonan pindahmilik tanah hendaklah menggunakan Borang 14A yang boleh dibeli di mana-mana Pejabat Tanah.

Seksyen 215 KTN

 

Permohonan pindahmilik jika ada sekatan kepentingan

Perlu mendapatkan kebenaran pindahmilik daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN). 

Permohonan dikemukakan kepada :

  • Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak - Hakmilik Pendaftar
  • Pentadbir Tanah - Hakmilik Pejabat Tanah
 

Permohonan pindahmilik kepada bukan warganegara

Perlu mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri(PBN) kecuali tanah kategori industri.

Seksyen 433BKTN

 

Cara mengisi borang 14A

Segala maklumat dalam Borang 16N boleh ditaip atau ditulis dengan terang dan jelas menggunakan dakwat hitam atau biru kehitaman. 

Borang yang sudah diisi dengan lengkap mestilah diakusaksi oleh mana-mana pegawai atau orang yang disenaraikan diantaranya seperti berikut :-

  • Majistret
  • Pengarah Tanah dan Galian
  • Pendaftar Hakmilik
  • Pentadbir Tanah
  • Peguambela dan Peguam Cara.
  • Penyaksi Awam (Notary Public).

Bagi permohonan pindahmilik tanah Pegangan Melayu di dalam kawasan Rizab Melayu Borang 14A mestilah diakusaksi oleh Pentadbir Tanah.

Seksyen 211, 436 & 436A KTN

 

Tindakan selepas menyempurnakan borang 14A

i. Melekatkan setem hasil RM 10/- di atas Borang 14A dan dimatikan di Pejabat Pemungut Duti Setem 

ii. Membuat bayaran cukai setem di Pejabat Pemungut Duti Setem 

iii. Menyerahkan dokumen-dokumen berikut ke kaunter Bahagian Hakmilik Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri / Bahagian Pendaftaran Pejabat Tanah berkenaan

  • Borang 14A yang lengkap.
  • Resit Cukai Tanah semasa.
  • Dokumen hakmilik keluaran tanah berkenaan atau permohonan hakmilik gantian bersama surat akuan hakmilik hilang.
  • Surat kebenaran PBN jika berkaitan
  • Surat Kebenaran Pemegang Kaveat/ Pemegang gadaian jika berkaitan
  • Suratkuasa Wakil jika berkaitan
  • Borang DS.01 ( Borang Penyerahan Dokumen)
  • Borang DS.05 ( Borang Butir-butir Pembeli dan Penerima)
  • Borang Taksiran Duti Setem (PDS 14- 1(Pin.9/99)
  • Perintah Mahkamah jika berkaitan.
  • Sesalinan Undang-undang Tubuh (Syarikat/Pertubuhan).
  • Bayaran-bayaran yang ditetapkan.
 

Penyerahan hakmilik(geran) dikembalikan

Penyerah akan dimaklumkan setelah nama pemilik baru didaftarkan di dalam hakmilik berkaitan.

 

Bayaran

Pembelian Borang 14A

RM 3 satu set

Penyaksian Borang 14A

RM 5 satu penyaksian

Pendaftaran : 

Suratkuasa Wakil Baru 

Suratkuasa Wakil Daftar 
 

RM 100 satu suratkuasa 

RM 50 satu suratkuasa

Bayaran pendaftaran Lewat selepas 3 bulan dari tarikh penyaksian

Diganda mengikut bayaran pendaftaran Borang 14A tertakluk kepada maksima 5 kali ganda

Bayaran pendaftaran untuk pindahmilik tanah adalah seperti kadar yang ditetapkan dalam jadual di bawah:- 
 

JUMLAH NILAIAN (RM)

KADAR

0-30,000

50

30,001-50,000

80

50,001-100,000

150

100,001-150,000

250

150,001-200,000

300

200,001-250,000

350

250,001-300,000

400

300,001-500,000

0.15%

500,001 ke atas

0.20%

Bayaran Tambahan Kepada Bukan Warganegara Malaysia ( 1 Hakmilik )

5,000

 

Kuasa Melulus

Hakmilik Pejabat Pendaftar (Geran / Pajakan Negeri / HSD) diluluskan oleh Pendaftar Hakmilik di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri. 

Hakmilik Pejabat Tanah (Geran Mukim / Pajakan Mukim / HSM) diluluskan oleh Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah berkaitan.

 

Peringatan

Had umur penerima pindahmilik mestilah 18 tahun ke atas.

Seksyen 43 KTN

Bagi tanah pertanian bahagian yang hendak di pindahmilik mestilah tidak kurang daripada 1 ekar(0.404686 hektar), atau kurang daripada 1 ekar (0.404686 hektar) jika dari bahagian yang tidak dipecahkan.

Seksyen 205(3) KTN

 

Contoh Borang dan dokumen

  • Borang 14A
  • Resit Cukai Tanah Semasa
  • Borang DS.01
  • Borang DS.05

Seksyen 97 & 100 KTN

 

 

Penerangan ringkas

- Hakmilik strata ialah hakmilik yang dikeluarkan kepada petak-petak dalam bangunan berbilang tingkat seperti rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, kompleks komersial, kompleks serbaguna dan lain-lain. 

- Hakmilik strata juga dikeluarkan bagi mana-mana tanah yang dipecah bahagikan kepada petak-petak tanah yang dipegang di bawah lot yang sama seperti rumah-rumah banglo, berkembar atau teres dalam skim komuniti berpagar. 

- Tuan tanah diwajibkan membuat permohonan hakmilik strata dalam tempoh yang ditetapkan JIKA beliau telah menjual mana-mana petak dalam bangunan berbilang tingkat yang didirikan. Tempoh yang dimaksudkan adalah: 

6 bulan dari tarikh perjanjian jualbeli pertama atau 6 bulan dari tarikh Certificate of Completion and Compliance (CCC) dikeluarkan mengikut mana yang terkemudian.

 

Tatacara Permohonan

(i) Tatacara Permohonan Untuk Mendapatkan Hakmilik Strata 

1. Permohonan untuk mendapatkan hakmilik strata bagi bangunan atau bangunan dan tanah yang dibina dalam satu lot yang sama hendaklah menggunakan BORANG 1 ; dan 

2. Permohonan untuk mendapatkan hakmilik strata bagi mana-mana tanah untuk dipecah bahagi kepada dua bangunan atau lebih yang dipegang di bawah satu lot yang sama hendaklah menggunakan BORANG 1A. 

3. Tatacara permohonan adalah seperti berikut: 

- BORANG 1 
senarai semak 
borang maklumat tambahan 

- BORANG 1A 
senarai semak 
borang maklumat tambahan 

4. Bayaran yang dikenakan: 
a)Pembelian Borang 1 dan Borang 1A - Percuma 
b)Bayaran proses permohonan - RM10.00 sepetak dengan kadar Minima RM450.00 
c)Bayaran deraf pelan dan pendaftaran hakmilik - RM 40.00 satu hakmilik 

5. Bagi menentukan Nilai Unit Syer dalam skim strata formula pengiraan ini boleh digunakan untuk menentukan nilai unit syer bagi setiap petak dan petak sementara dalam skim strata. Nilai yang hendak diperuntukkan adalah berdasarkan keluasan petak atau harga jualan bagi sepetak. 
Panduan menentukan nilai unit syer 

6. Jika pemilik tanah gagal membuat permohonan untuk mendapatkan hakmilik strata adalah melakukan perlanggaran Seksyen 8 (7) Akta Hakmilik Strata 1985 dan jika disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000.00 tetapi tidak lebih daripada RM100,000.00 dan didenda selanjutnya tidak kurang daripada RM100.00 tetapi tidak lebih daripada RM1,000.00 bagi setiap hari kesalahan it uterus berlaku. 

(ii) Tatacara Permohonan Untuk Mengkelaskan Bangunan Sebagai Bangunan Kos Rendah 

1. Mana-mana bangunan di bawah skim kos rendah hendaklah mengkelaskan bangunan tersebut sebagai Bangunan Kos Rendah seperti mana kehendak Seksyen 10B Akta Hakmilik Strata dengan menggunakan JADUAL VII Kaedah 10 (1) Kaedah-kaedah Hakmilik Strata 1988. Permohonan ini diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. 

2. Satu Sijil Perakuan Bangunan Kos Rendah akan dikeluarkan di bawah Jadual VIII Kaedah 10(2) Kaedah-kaedah Hakmilik Strata 1988. 

3. Tatacara permohonan adalah seperti berikut: 

- JADUAL VII Kaedah 10(1) 
senarai semak 
borang maklumat syarikat 

- JADUAL VIII Kaedah 10(2) 
-contoh JADUAL VIII Kaedah 10(2) 
(sijil Perakuan Bangunan Kos Rendah) 

4. Bayaran yang dikenakan: 
a)Pembelian Borang Permohonan - Percuma 
JADUAL VII Kaedah 10(1) 
b)Bayaran proses permohonan - RM10.00 
c)Penyediaan Sijil Perakuan Bangunan - RM 3.00 satu Kos Rendah 
[JADUAL VIII Kaedah 10(2)] 

(iii) Tatacara Permohonan Untuk Mendapatkan Permit Menggunakan Ruang Udara 

1. Jika terdapat binaan yang mengunjur keluar daripada sempadan lot di mana binaan ini terletak di atas tanah kerajaan atau tanah rizab seperti cucur atap (eave), kajang (awning) dan langkan (balcony), pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan untuk mendapatkan permit menggunakan ruang udara di bawah Seksyen 75A Kanun Tanah Negara. 

2. Tatacara permohonan adalah seperti berikut: 

- BORANG PERMOHONAN:- 
-senarai semak 
-borang maklumat tambahan 
-contoh Borang BORANG PERMOHONAN PERMTI RUANG UDARA 

3. Bayaran yang dikenakan: 

a)Pembelian BORANG PERMOHONAN - Percuma 
b)Bayaran proses permohonan - RM 70.00 
c)Bayaran permit Borang 4D - RM 10.00 bagi setiap permit setahun(tempoh permit adalah 21 tahun)

 

Penerangan ringkas

Kaveat Persendirian bertujuan untuk menyekat atau menghalang mana-mana tanah daripada sebarang urusniaga.

 

Borang yang digunakan

Permohonan memasukkan Kaveat Persendirian hendaklah menggunakan borang 19B yang boleh dibeli di mana-mana Pejabat Tanah.

Seksyen 323 KTN

 

Cara mengisi borang 19B

  • Segala maklumat dalam Borang 19B boleh ditaip atau ditulis dengan terang dan jelas.
  • Borang yang sudah diisi dengan lengkap mestilah diakusaksi oleh mana-mana pegawai atau orang yang disenaraikan diantaranya seperti berikut :- 
    - Majistret 
    - Pengarah Tanah dan Galian 
    - Pendaftar Hakmilik 
    - Pentadbir Tanah 
    - Peguambela dan Peguam Cara. 
    - Penyaksi Awam (Notary Public).
  • Kaveat bagi hakmilik Pegangan Melayu di dalam kawasan Rizab Melayu mesti diakusaksi oleh Pentadbir Tanah.
  • Alasan-alasan kemasukan kaveat hendaklah dicatatkan di para 2 borang 19B.
  • Sertakan surat akuan yang diakusaksi oleh Majistret/ Pesuruhjaya Sumpah.
 

Tindakan selepas menyempurnakan borang 19B

Menyerahkan dokumen-dokumen berikut ke kaunter Bahagian Hakmilik Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri / Bahagian Pendaftaran Pejabat Tanah berkenaan.

  • Borang 19B yang lengkap
  • Surat akuan yang lengkap
  • Surat perjanjian jika perlu
  • Bayaran yang ditetapkan
 

Proses kaveat persendirian berkuatkuasa

Kaveat persendirian berkuatkuasa apabila didaftarkan

 

Bayaran

Pembelian Borang 19B

RM 3 satu set

Penyaksian Borang 19B

RM 5 satu penyaksian

Pendaftaran Kaveat

RM 150 satu Hakmilik

Pendaftaran : 

Suratkuasa Wakil Daftar

RM 50 satu suratkuasa

 

Kuasa Melulus

  • Hakmilik Pejabat Pendaftar (Geran / Pajakan Negeri / HSD) diluluskan oleh Pendaftar Hakmilik.
  • Hakmilik Pejabat Tanah (Geran Mukim / Pajakan Mukim / HSM) diluluskan oleh Pentadbir Tanah.
 

Peringatan

  • Had umur pengkaveat mestilah 18 tahun ke atas.
  • Tempoh kaveat berkuatkuasa selama 6 tahun.
 

Contoh borang dan dokumen

Borang 19B

Seksyen 97 & 100 KTN

 

Penerangan ringkas

Melepas gadaian ialah membebaskan kepentingan pemegang gadaian di atas hakmilik berkenaan.

 

Borang yang digunakan

Borang 16N .

Seksyen 278 KTN

 

Cara mengisi borang 16N

Segala maklumat dalam Borang 16N boleh ditaip atau ditulis dengan terang dan jelas menggunakan dakwat hitam atau biru kehitaman. 

Borang yang sudah diisi dengan lengkap mestilah diakusaksi oleh mana-mana pegawai atau orang yang disenaraikan diantaranya seperti berikut :-

  • Majistret
  • Pengarah Tanah dan Galian
  • Pendaftar Hakmilik
  • Pentadbir Tanah
  • Peguambela dan Peguam Cara.
  • Penyaksi Awam (Notary Public).

Seksyen 211, 436 dan 436A KTN

 

Tindakan selepas menyempurnakan borang 16N

Melekatkan setem hasil RM 10/- di atas Borang 16N dan dimatikan di Pejabat Pemungut Duti Setem. 

Menyerahkan dokumen-dokumen berikut ke kaunter Bahagian Hakmilik Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri / Bahagian Pendaftaran Pejabat Tanah berkenaan:-

  • Borang 16N yang lengkap.
  • Resit Cukai Tanah semasa.
  • Dokumen hakmilik keluaran tanah berkenaan atau permohonan hakmilik gantian / sambungan bersama surat akuan hakmilik hilang.
  • Satu set pendua gadaian.
  • Suratkuasa Wakil jika berkaitan.
  • Borang DS 01 (Borang Penyerahan Dokumen)
  • Bayaran yang ditetapkan kecuali melepas gadaian daripada Perbendaharaan Malaysia.
 

Proses melepas gadaian selesai

Melepas gadaian selesai apabila didaftarkan di dalam hakmilik berkenaan.

 

Bayaran

Pembelian Borang 16N

RM 3 satu set

Penyaksian Borang 16N

RM 5 satu penyaksian

Bayaran pendaftaran untuk melepas gadaian

RM 60 satu suratkuasa

Pendaftaran : 

Suratkuasa Wakil Baru 

Suratkuasa Wakil Daftar

RM 100 satu suratkuasa 

RM 50 satu suratkuasa

Bayaran pendaftaran lewat selepas 3 bulan dari tarikh penyaksian

Digandakan mengikut bayaran Borang 16N setiap 3 bulan, tertakluk kepada maksima 5 kali ganda

 

Kuasa Melulus

Hakmilik Pejabat Pendaftar (Geran / Pajakan Negeri / HSD) diluluskan oleh Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Negeri. 

Hakmilik Pejabat Tanah (Geran Mukim / Pajakan Mukim / HSM) diluluskan oleh Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah berkaitan.

 

Contoh borang dan dokumen

  • Borang 16N
  • Borang DS 01

Seksyen 97 & 100 KTN

 

Penerangan ringkas

Kebenaran untuk memindah milik atau menggadai tanah perlu diperolehi daripada Pihak Berkuasa Negeri bagi hakmilik- hakmilik yang dikenakan 'sekatan kepentingan'.

 

Sekatan Kepentingan

Larangan ke atas pemilik tanah dari memindah milik atau menggadai tanah.

Seksyen 120 KTN

 

Borang diperlukan

  • Permohonan Kebenaran Pindahmilik (PTG 1/2001)
  • Permohonan Kebenaran Menggadai Tanah (PTG 2/2001)
 

Cara memohon

Pemohon dikehendaki mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri atau Pejabat-Pejabat Tanah. 

Permohonan dikemukakan kepada :-

  • Pengarah Tanah & Galian Negeri Perak - Hakmilik Pendaftar
  • Pentadbir Tanah-Hakmilik Pejabat Tanah
 

Dokumen yang perlu disertakan

a) Kebenaran Pindahmilik di antara orang perseorangan.

  • Borang yang lengkap diisi.
  • Sesalinan hakmilik.
  • Sesalinan surat perjanjian jual beli (jika ada).
  • Sesalinan resit cukai tanah semasa yang disahkan oleh Pentadbir Tanah.
  • Sesalinan kad pengenalan pemilik dan bakal penerima milik.
  • Suratkuasa Wakil (Power Of Attorney) yang disahkan.
  • Surat persetujuan daripada pihak-pihak yang berkepentingan
  • Salinan sah bukti pertalian keluarga sekiranya pindahmilik adalah antara ibubapa kepada anak-anak, suami isteri, dan antara adik-beradik seperti berikut :- 
    i. Salinan sijil kelahiran 
    ii. Sijil nikah atau Sijil pendaftaran perkahwinan

b) Kebenaran Pindahmilik di antara orang perseorangan kepada Syarikat/Pertubuhan dan di antara sesama Syarikat/Pertubuhan.

  • Borang yang lengkap diisi.
  • Sesalinan hakmilik.
  • Sesalinan surat perjanjian jual beli (jika ada).
  • Sesalinan resit cukai tanah semasa yang disahkan oleh Pentadbir Tanah.
  • Sesalinan kad pengenalan pemilik dan bakal penerima milik
  • Sesalinan Undang-Undang Tubuh (Memorandum and Articles of Association) Syarikat/Pertubuhan tersebut yang membuktikan ianya layak memiliki tanah.
  • Suratkuasa Wakil (Power of Attorney) yang disahkan.
  • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat.
  • Resolusi Lembaga Pengarah Syarikat atau Pertubuhan untuk membeli atau menjual tanah yang berkaitan.
  • Borang 24 dan 49 Akta Syarikat
  • Surat persetujuan daripada pihak-pihak yang berkepentingan

c) Kebenaran Menggadai kepada Bank / Institusi Kewangan / Syarikat /Perbendaharaan Malaysia.

  • Borang yang lengkap diisi.
  • Sesalinan hakmilik.
  • Sesalinan resit cukai tanah semasa yang disahkan oleh Pentadbir Tanah.
  • Sesalinan kad pengenalan pemilik
  • Sesalinan Undang-Undang Tubuh (Memorandum and Articles of Association) Syarikat / Pertubuhan.
  • Suratkuasa Wakil (Power of Attorney) yang disahkan.
  • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat.
  • Resolusi Lembaga Pengarah Syarikat atau Pertubuhan untuk membeli atau menjual tanah yang berkaitan.
  • Borang 24 dan 49 Akta Syarikat
 

Bayaran permohonan

  • Kebenaran Pindahmilik - RM 70.00
  • Kebenaran Menggadai - RM 70.00
 

Kuasa meluluskan permohonan kebenaran pindahmilik tanah

Perkara

Jenis Hakmilik

Kuasa Melulus

Pindahmilik daripada :

  • ibu bapa kepada anak dan sebaliknya
  • suami kepada isteri dan sebaliknya
  • antara adik-beradik seibu atau sebapa
  • individu Bumiputera kepada Bumiputera
  • Bukan Bumiputera kepada bukan Bumiputera
  • bukan ahli keluarga

 

Hakmilik Pendaftar

 

Hakmilik Pejabat Tanah

Pengarah Tanah dan Galian

 

Pentadbir Tanah

     

Selain dari yang tersebut di atas

Hakmilik Pendaftar

 

Hakmilik Pejabat Tanah

Menteri Besar

 

Kuasa meluluskan permohonan menggadai tanah

 

Perkara

Jenis Hakmilik

Kuasa Melulus

Hakmilik yang mempunyai sekatan kepentingan tidak boleh menggadai kecuali dengan kebenaran

Hakmilik Pendaftar

 

Hakmilik Pejabat Tanah

Pengarah Tanah dan Galian

 

Pentadbir Tanah

 

Semua permohonan perlu dikemukakan

  • Pengarah Tanah & Galian Negeri Perak - HakmilikPendaftar
  • Pentadbir Tanah - Hakmilik Pejabat Tanah
 

Peringatan

a) Sila semak permohonan anda berpandukan kepada senarai semakan yang terdapat di borang berkenaan. 
b) Permohonan yang lengkap sahaja akan diproses 
c) Tempoh kelulusan ialah satu tahun dari tarikh surat dikeluarkan. 
d) Rayuan boleh dipertimbangkan: 
- Untuk lanjutan tempoh kelulusan dengan bayaran RM 50.00 satu Hakmilik. 
- Bagi kelulusan yang telah luput boleh memohon semula dengan bayaran RM 50.00 satu Hakmilik. 
e) Salinan sah surat kelulusan kebenaran pindahmilik/menggadai dikenakan bayaran RM 30.00 bagi satu salinan

Seksyen 97 & 100 KT

 

Penerangan ringkas

Gadaian merupakan satu urusniaga apabila Pemilik Tanah atau Pemegang Pajakan menyerahkan Hakmilik kepada orang / badan lain sebagai jaminan keselamatan bayaran balik sesuatu pinjaman, anuiti atau mana-mana bayaran bertempoh dan wujud apabila didaftarkan di dalam hakmilik berkenaan.

 

Borang yang digunakan

Permohonan menggadai tanah hendaklah menggunakan 2 set Borang 16A atau 16B yang boleh dibeli di mana€“mana Pejabat Tanah.

Seksyen 242 KTN

 

Jika ada sekatan kepentingan

Perlu mendapatkan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri (PBN). 

Permohonan dikemukakan kepada:-

  • Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak - Hakmilik Pendaftar
  • Pentadbir Tanah - Hakmilik Pejabat Tanah
 

Cara mengisi borang 16N

Segala maklumat dalam Borang 16A/16B boleh ditaip atau ditulis dengan terang dan jelas menggunakan dakwat hitam atau biru kehitaman. 

Borang yang sudah diisi dengan lengkap mestilah diakusaksi oleh mana-mana pegawai atau orang yang disenaraikan diantaranya seperti berikut :-

  • Majistret
  • Pengarah Tanah dan Galian
  • Pendaftar Hakmilik
  • Pentadbir Tanah
  • Peguambela dan Peguam Cara.
  • Penyaksi Awam (Notary Public).

Bagi permohonan mengadai tanah Pegangan Melayu di dalam kawasan Rizab Melayu Borang 16A/16B mestilah diakusaksi oleh Pentadbir Tanah

Seksyen 211, 436 & 436A KTN

 

Tindakan selepas menyempurnakan borang 16A/16B

a) Melekatkan setem hasil RM 10/- di atas Borang 16A/16B dan dimatikan di Pejabat Pemungut Duti Setem. 

b) Menyerahkan dokumen-dokumen berikut ke kaunter Bahagian Hakmilik Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri / Bahagian Pendaftaran Pejabat Tanah berkenaan.

  • 2 set borang 16A/16B yang lengkap.
  • Lampiran Perjanjian Pinjaman.
  • Resit cukai tanah semasa.
  • Dokumen hakmilik keluaran tanah berkenaan atau permohonan hakmilik gantian/sambungan bersama surat akuan hakmilik hilang.
  • Surat kebenaran PBN jika berkaitan.
  • Surat kebenaran Pemegang Kaveat jika berkaitan
  • Suratkuasa Wakil jika berkaitan
  • Borang DS 01 (Borang Penyerahan Dokumen)
  • Bayaran yang ditetapkan kecuali gadaian kepada Perbendaharaan Malaysia
 

Proses gadaian selesai

Gadaian selesai apabila didaftarkan di dalam hakmilik berkenaan.

 

Bayaran

Borang Jadual 1A

RM 2

Pembelian Pelan

RM 20

Bayaran Permohonan

RM 50

Kerja-kerja Memperenggan Kawasan

RM 150 bagi satu hektar atau kurang (setiap tambahan satu hektar atau sebahagian daripadanya RM 40)

 

Kuasa melulus

Hakmilik Pejabat Pendaftar (Geran / Pajakan Negeri / HSD) diluluskan oleh Pendaftar Hakmilik di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri. 

Hakmilik Pejabat Tanah (Geran Mukim / Pajakan Mukim / HSM) diluluskan oleh Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah berkaitan.

 

Contoh Borang dan Dokumen

  • Borang 16A
  • Borang 16B
  • Resit Cukai Tanah
  • Borang DS 01

Seksyen 97 & 100 KTN

  Penerangan ringkas
Cukai tanah ialah bayaran yang dikenakan setiap tahun sebagai cukai ke atas tanah yang diberimilik (Geran). Membayar cukai tanah adalah tanggungjawab pemilik tanah. Cukai tanah hendaklah dibayar mulai 1 Januari hingga 31 Mei tahun semasa. Jika cukai tanah yang tidak dibayar mulai 1 Jun akan menjadi tunggakan dan dikenakan denda lewat.
  Tempat bayaran cukai tanah
Bayaran boleh dibuat di kaunter Hasil Pejabat-Pejabat Tanah dimana tanah tersebut terletak atau di mana-mana tempat kutipan luar yang ditetapkan oleh Pejabat Tanah berkaitan.

 

  Cara bayaran

Bayaran boleh dibuat secara tunai, melalui cek / bank deraf / kiriman wang / wang pos atas namaBendahari Negeri Perak(Arahan berkuatkuasa mulai 16 Jun 2014)

Kad Kredit ViSA dan MASTERCARD diterima hanya di kaunter pembayaran manakala;
Kad Debit ViSA dan MASTERCARD boleh digunakan untuk pembayaran secara online.

Bayaran melalui perbankan online seperti;

  • FPX
  • Maybank
  • RHB Bank
  • CIMB

Bayaran juga boleh dibuat melalui pos mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa.

  Bil cukai tanah
Penghantaran Bil cukai tanah kepada pemilik tanah adalah untuk memberi kemudahan dan peringatan sahaja. Walau bagaimanapun pemilik tanah yang tidak menerima bil cukai tanah boleh mendapatkannya di Bahagian Hasil Pejabat Tanah yang berkenaan dengan mengemukakan butir-butir berikut:-
  • Nombor Hakmilik
  • Nombor Lot/PT
  • Mukim/Bandar/Pekan
  Semasa Pembayaran
Sediakan wang secukupnya. 
  Selepas Pembayaran
Perlu menyemak beberapa perkara berikut :
  • Pastikan ada cetakan berkomputer di atas resit.
  • Pastikan amaun yang dibayar sama dengan amaun yang tercatat di atas resit bayaran
  • Catatan berkomputer di atas resit sama dengan maklumat di atas bil cukai tanah.
  Pembayaran tunggakan cukai tanah
Pemilik tanah yang mempunyai tunggakan cukai tanah boleh memohon kepada Pentadbir Tanah untuk membayar secara ansuran. 

Bayaran ansuran hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam tahun semasa mengikut jadual yang telah ditetapkan. 

Kegagalan mematuhi jadual bayaran yang ditetapkan boleh menyebabkan tindakan perampasan diambil.

  Tindakan jika gagal membayar cukai tanah
Pemilik tanah yang tidak membayar tunggakan cukai tanah akan diberi peringatan untuk tempoh tertentu yang ditetapkan melalui surat pentadbiran. Jika masih engkar, Pentadbir Tanah boleh menyampaikan Notis 6A dan diberi tempoh 3 bulan untuk menjelaskan tunggakan cukai tanah. 

Jika pemilik tanah masih engkar menjelaskan tunggakan cukai tanah pada akhir tempoh tiga bulan seperti yang dinyatakan di dalam Notis 6A, Pentadbir Tanah boleh mengisytiharkan dengan perintah, tanah itu dirampas dan menjadi hak Kerajaan Negeri.

Seksyen 97 & 100 KTN