Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah (JKTD) Parlimen Bukit Gantang

29 Januari 2018 bertempat di Dewan Bunga Raya, Changkat Jering, Taiping telah diadakan satu Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah (JKTD) bagi Parlimen Bukit Gantang. Mesyuarat JKTD Khas ini telah dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir. Turut hadir ialah Barisan Exco Kerajaan Negeri Perak, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Y.B. Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan, Pegawai Kewangan Negeri Perak Y.B. Dato' Haji Mohd. Ghazali bin Jalal, Pegawai-pegawai Kanan dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Daerah Larut Matang dan Selama. 

Melayu
JKTD1
JKTD2