Program Solat Jumaat Bersama D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan

Jumaat, 10 November 2017: D.Y.T.M. Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa telah berkenan mencemar duli menghadiri program solat Jumaat bersama bertempat di Masjid Bukit Gantang, Taiping. Majlis dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Jabatan Daerah, Penghulu-Penghulu Mukim, Kakitangan-kakitangan kerajaan, AJK Masjid serta Orang Ramai. Majlis dimulai dengan ketibaan orang ramai serta ketibaan dif-dif jemputan, seterusnya keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Majlis diteruskan lagi dengan solat jumaat bersama-sama D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan.

 

Melayu
jumaat1
jumaat2
jumaat3