Perhimpunan Bulanan Bulan November 2017

1 November 2017 bertempat di Perkarangan Pejabat Daerah Dan Tanah Larut Matang telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Bulan November 2017. Program bermula kira-kira jam 8.10 pagi dimulai dengan nyanian lagu Negaraku dan lagu Perkhidmatan Awam disusuli bacaan doa oleh En Mohamad Bin Hasan Ketua Pembantu Tadbir di Bahagian Pembangunan Luar Bandar. Majlis kemudiannya menjemput Pegawai Daerah Larut Matang Dan Selama, YBhg. Dato' Haji Kamaruddin Bin Awang untuk memberikan ucapan amanat dan seterusnya beliau telah menyampaikan hadiah kepada pemenang Pekerja Contoh Bulanan (APCB) dan seterusnya meraikan majlis hari jadi bagi kakitangan yang lahir pada bulan Ogos sehingga Oktober 2017.

Melayu
per1
per2
per3
per4
per5