Program Solat Jumaat Bersama D.Y.A.M Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan

Jumaat, 19 Mei 2017: Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II Afifurlah telah berkenan mencemar duli menghadiri Program Solat Jumaat Bersama para jemaah  daerah LMS bertempat di Masjid Daerah Larut Matamg, Taiping. Majlis dihadiri oleh Wakil Rakyat, Tuan Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Jabatan Daerah, Kakitangan-kakitangan kerajaan, AJK Masjid serta Orang Ramai. Majlis dimulai dengan ketibaan orang ramai serta ketibaan dif-dif jemputan, seterusnya keberangkatan tiba D.Y.A.M Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan. Majlis diteruskan lagi dengan solat jumaat bersama-sama D.Y.A.M Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan dan majlis santapan di Hotel Taiping Perdana.

Melayu
DYAM1
DYAM2