Program Gotong Royong Mencegah Aedes

Pada 26 Mac 2017 (Ahad) telah diadakan satu Program Gotong Royong Mencegah Aedes anjuran JKKK Batu 4, Kamunting bersama Agensi Kerajaan daerah Larut Matang bertempat di penempatan penduduk di Rumah Awam Batu 4 dan India Sattlement Batu 4, Kamunting, Taiping, Perak.
Tujuan utama program ini adalah untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes yang boleh mengakibatkan demam denggi disamping mendidik masyarakat setempat untuk menjaga kebersihan kawasan tempat tinggal masing-masing. Pegawai Daerah Larut Matang, Dato' Haji Kamaruddin Bin Awang turut serta dalam aktiviti tersebut selain disertai oleh Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandaran Taiping, Pejabat Daerah Larut Matang sendiri diwakili oleh Skuad Volunteer PETANDA Taiping, Ahli JKKK dan penduduk sekitar kawasan tersebut. Program bermula seawal 8.30 pagi dimulai dengan pembersihan longkang di kawasan India Sattlemen dan RPA Batu 4 dan berakhir pada jam 10.00 pagi.

Melayu
Gotong-royong1
Gotong-royong2
Gotong-royong3
Gotong-royong4
Gotong-royong5