Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Tahun 2016

Pada 17 Mac 2017 (Jumaat) telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Tahun 2016 bertempat di Hotel SSL Traders, Kamunting, Perak. Majlis bermula pada jam 3.30 petang dimana turut dijemput hadir adalah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Y.B. Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan dan beberapa Agensi Kerajaan Daerah Larut Matang & Selama.
Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Penjawat Awam disusuli dengan Persembahan Angklung oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Klian Pauh serta bacaan doa oleh Penghulu Mukim Taiping, Abdullah Bin Che Hamad. Ucapan kata-kata aluan disampaikan oleh Pegawai Daerah, Dato' Haji Kamaruddin Bin Awang dan seterusnya ucapan amanat daripada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Y.B. Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan.
Majlis penyampaian cenderamata dimulakan dengan penyampaian kepada kakitangan yang bertukar iaitu seramai 12 orang dan penyampaian cenderamata kepada kakitangan yang bersara seramai 3 orang. Acara penyampaian anugerah kemudiannya disusuli dengan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Terampil dimana penyampaian disampaikan kepada wakil setiap bahagian dimulakan dengan Bahagian Pentadbiran Tanah mewakili seramai 40 orang penerima, Bahagian Pembangunan Luar Bandar mewakili 6 orang penerima dan Bahagian Khidmat Pengurusan mewakili 19 orang penerima.
Acara penyampaian kemuncak seterusnya adalah Penyampaian Anugerah Cemerlang Tahun 2016 yang telah disampaikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sendiri kepada seramai 17 orang kakitangan termasuk kakitangan daripada Pejabat Daerah & Tanah Selama seperti senarai penerima di bawah:

PENTADBIRAN TANAH

  1. En. Mohd Fadzil Bin Simali
  2. Pn. Norul Badariah Binti Sahat
  3. Pn. Meriah@Mariah Binti Abdul Rahman
  4. En. Mohd Hairuni Bin Hassan
  5. En. Mohd Razali Bin Abdullah 
  6. En. Ahmad Arif Bin Baharin

KHIDMAT PENGURUSAN

  1. Cik Nazlin Hanum Bin Ahmad Khalil
  2. En. Adi Asrul Bin Mohamad Jainy
  3. Pn. Siti Nuramira Binti Jasmi

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

  1. Cik Nur Syafikah Binti Che Hassan 
  2. En, Ahmad Asmadi Bin Mat Salim 
  3. En. Muhammad Anas Ruzaimi Bin Mohd Noor

PDT SELAMA

  1. Cik  Izziantee Binti Izzahan 
  2. Pn. Noridayu Binti Adnan 
  3. En. Yusuf Bin Abu Bakar 
  4. En. Hasrizam Bin Baharum 
  5. En. Shahrul Farid @Faisal Yasmi Bin Sobri

Pada majlis ini juga turut diselitkan acara perasmian Skuad Sukarelawan PDTLMS (Skuad Volunteer) & pelancaran Buletin PDTLMS turut disempurnakan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Program berakhir kira-kira jam 5.00 petang dengan jayanya.

Melayu
apcb1