Program Permukiman YAB Menteri Besar Perak di Parlimen Bukit Gantang dan Parlimen Taiping

22 November - 26 November 2016 : Program Permukiman YAB Menteri Besar Perak untuk kali terakhir bagi tahun 2016 telah diadakan di Parlimen Bukit Gantang dan Taiping. Program ini diadakan selama 5 hari bermula pada hari Selasa (22/11/2016) sehingga hari Sabtu (26/11/2016) dimana ianya dimulai dengan Mesyuarat EXCO di Hotel Taiping Perdana dan berakhir dengan program Santai Bersama Masyarakat Setempat di Kampung Changkat Larun DUN Changkat Jering.
Berkonsepkan pendekatan Padang, Perasaan dan Penyelesaian (3P) yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri, program pemukiman yang nampak ringkas ini sebenarnya telah mendatangkan kesan mendalam buat sesetengah penduduk di Bukit Gantang dan Taiping. Manfaat pemukiman yang tidak dapat disangkal lagi apabila Dr Zambry dapat menjalankan sesi walkabout di sekitar Bandar Warisan Taiping di mana beliau dapat mengenalpasti kekurangan dan keperluan penambahbaikan infrastruktur secara lebih dekat.

Antara program teras yang melibatkan YAB MB Perak:

22 November 2016

  • Taklimat Pembangunan Daerah oleh Pegawai Daerah LMS - Hotel Taiping Perdana
  • Mesyuarat EXCO - Hotel Taiping Perdana

23 November 2016

  • Teras Kelestarian Alam Sekitar dan Sumber - Taman Tasik Taiping
  • Makan tengah hari bersama Anggota & Veteran Tentera - Kem Tentera Kamunting
  • Teras Pendidikan / Modal Insan / ICT Karnival Pendidikan Amanjaya - Kompleks Rakan Muda Kamunting
  • Ceramah Ustaz Kazim - Padang Taman Kaya

24 November 2016

  • Teras Kesejahteraan Rakyat - DUN Kuala Sepetang
  • Teras Ekonomi dan Pelancongan - DUN Kuala Sepetang
  • Program Santai MB Bersama Penjawat Awam - Dewan MPT

25 November 2016

  • Qiamulail - Masjid Pekan Trong
  • Teras Agama & Intergrasi - DUN Trong
  • Teras Keselamatan - DUN Trong
  • Perjumpaan Politik - Dewan MPT

26 Disember 2016

  • Teras Sukan Dan Belia - Dataran Bukit Gantang
  • Santai Bersama Masyarakat Setempat & Sesi Soal Jawab - Kg Changkat Larut

Secara keseluruhannya Pemukiman Menteri Besar ini sebenarnya amat diperlukan malah dinantikan oleh penduduk di sekitar Taiping dan Bukit Gantang.

Melayu
Permukiman 1
Permukiman 1