Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Larut Matang & Selama 1438H / 2016M

Jumaat, 28 Oktober 2016 telah berlangsung Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Larut Matang & Selama 1438H / 2016M yang diadakan bertempat di Masjid Jamek Kamunting, Taiping Perak. Majlis disempurnakan oleh Y.A.Bhg Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Dato’ Haji Wan Mohd Isa Bin Dato' Haji Wan Mohd Razali, Orang Besar Jajahan Larut Matang & Selama.

Pengurusan Masjid Terbaik telah dianugerahkan kepada Masjid Al-Ikhwaniah, Simpang Taiping manakala Kategori Pengurusan Tanah Perkuburan Terbaik telah dianugerahkan kepada Tanah Perkuburan Islam Changkat Larah. Bagi kategori Sekolah Agama Rakyat Terbaik pula diungguli oleh Sekolah Agama Rakyat At-Ta'awuniah yang terletak di Sungai Limau, Ijok, Batu Kurau dan anugerah ulung kategori Tokoh Maal Hijrah telah dianugerahkan kepada Dato' Haji Termizi Bin Haji Mohamed.

Turut diadakan pada majlis tersebut ialah penyampaian kain rentang bagi Kempen Solat Subuh Berjemaah Daerah Larut Matang dan Selama kepada wakil masjid setiap mukim.

Melayu
Maal Hijrah
Maal Hijrah