Perlawanan bowling sempena Program Hari Sukan Negara

Sabtu, 8 Oktober 2016 bertempat di Winners Bowl, Plaza MPT telah berlangsung satu pertandingan bowling terbuka kepada ahli kelab Petanda dan keluarga sempena dengan sambutan Program Hari Sukan Negara yang disambut oleh rakyat Malaysia pada hari tersebut. Turut hadir ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (PLB) En. Ikram bin Ahmad juga menyertai pertandingan tersebut. Perlawanan bermula kira-kira jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. En. Muhammad Hafizi bin Din daripada Bahagian Teknikal dan Penguatkuasan telah mengungguli tempat pertama bagi kategori lelaki manakala kategori wanita pula telah dimenangi oleh Puan Rizwani binti Hawari daripada Bahagian Khidmat Pengurusan.

Melayu
Program Hari Sukan Negara
Program Hari Sukan Negara
Program Hari Sukan Negara
Program Hari Sukan Negara
Program Hari Sukan Negara
Program Hari Sukan Negara