Daerah LMS Tempat Ke-2 Kawad Terbaik Kategori Daerah & Tanah pada Sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 Peringkat Negeri Perak

31 Ogos 2016: Kontinjen kawad Daerah Larut, Matang dan Selama telah memenangi tempat kedua Kategori Kawad Terbaik Daerah & Tanah dalam perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 Peringkat Negeri Perak bertempat di Ipoh Perak.
Bagi kategori ini Daerah Kinta Batu Gajah telah diumumkan sebagai Johan dengan pungutan mata sebanyak 93.70 mengatasi Daerah Larut, Matang dan Selama dengan mata sebanyak 92.57 markah manakala tempat ketiga pula diungguli oleh kontinjen Daerah Manjung dengan pungutan mata sebanyak 92.50 markah.
Selain itu bagi kategori pakaian terbaik, kontinjen daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diumumkan sebagai pemenang manakala bagi kategori Pancaragam Sekolah, SMJK Sam Tet, Ipoh diumumkan sebagai pemenang.
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) pula diumumkan sebagai pemenang Kawad Kaki PBT, Badan Berkanun, NGO dan Swasta manakala Kawad Terbaik Kategori Institut Pendidikan Awam/Swasta dan Sekolah dimenangi oleh UiTM Cawangan Perak.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan hadir meraikan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan 2016 hari ini.
Turut berangkat, putera dan puteri baginda, Raja Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.
Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan barisan para exco kerajaan negeri.

Melayu
Kontinjen daerah Larut Matang dan Selama
Kontinjen daerah Larut Matang dan Selama
Kontinjen daerah Larut Matang dan Selama
Penyampaian Hadiah
Pemenang kategori daerah
Markah kategori daerah