Pentadbiran Mukim

SEJARAH MUKIM
Nama Matang ini adalah ringkasan kepada Permatang yang banyak dibina oleh penduduk terdahulu bagi menyekat arus air ke sawah dan akhirnya Permatang disingkatkan kepada Matang sahaja. Ekonomi awal Mukim Matang adalah Tanaman Sawah Padi, Tanaman Tebu, Kopi dan hasil hutan seperti Damar dan Rotan. Kemudiannya apabila Long Jaafar membuka lombong bijih timah di sekitar Larut khususnya di Klian Pauh. Setelah kematian Long Jaafar usahanya diteruskan oleh anaknya Ngah Ibrahim. Kediaman beliau di Matang dijadikan sebagai gudang menyimpan bijih timah, hasil tanaman dan hutan. Manakala di bahagian belakang rumahnya dibina sebagai sebuah pelabuhan yang dikenali sebagia Pelabuhan Melawati yang berperanan sebagai kemudahan pengkalan untuk membawa keluar masuk segala hasil dan input pertanian serta pusat pemasaran bijih timah ke luar melalui Pelabuhan Melawati ke Selat Melaka seterusnya ke London.
 
SEJARAH PENUBUHAN
Ditubuhkan pada tahun 1860 oleh Ngah Ibrahim bin Long Jaafar yang kemudiannya dipanggil Orang Kaya Menteri Paduka Tuan (Tengku Menteri) yang merupakan pembesar Larut ketika itu. Asalnya beliau ialah seorang pengusaha sektor pertanian yang kemudiannya beralih kepada pelombong bijih timah di sekitar larut. Kekayaan yang dimiliki oleh beliau hasil usahanya telah digunakan untuk membangunkan Larut khususnya di Matang. Antara yang dibina ialah Masjid Tengku Menteri, Jalan Keretapi pertama Taiping ke Kuala Sepetang, Pelabuhan Melawati serta lain-lain kemudahan. Malah kediaman beliau sendiri di jadikan sebagai pusat pentadbiran yang terawal di daerah ini dimana kemudiannya dibawa ke Taiping oleh pihak Inggeris ketika itu. Kediaman Ngah Ibrahim kemudiannya dijadikan Kompleks Sejarah Matang pada tahun 1985 yang berdiri megah hingga sekarang.
 

 

PENDUDUK MUKIM

 SENARAI NAMA PENGHULU MUKIM DARI DAHULU HINGGA KINI 
300,000 Orang
57% Melayu
32% Cina
11% India
EN SHAHARUDDIN BIN HARUN
EN AHMAD LATIPHI BIN HISHIM
EN ZULKHALIL BIN MOHD RAFIEE
EN MUHAIMIN ABD RASHID
EN ABDUL BARRI BIN MOHD YUSOF
EN ZAMRI BIN ARIFFIN
EN RUSLI BIN ABU MUHSIN 2004-SEKARANG
EN MOHD SABRI BIN HUSSIN 2006-2012

 

KETUA-KETUA KAMPUNG MUKIM MATANG 2015
   

NAMA KAMPUNG

NAMA KETUA KAMPUNG

NO TELEFON

KAMPUNG SIMPANG/SG. MATI 34700 MATANG

EN. RAHAMAD BIN HASSAN

012-5857553

KAMPUNG HUJUNG MATANG 34750 MATANG

EN. KHIRUDDIN BIN ABDUL HALIM

013-4119071

KAMPUNG PERAK/JAHA 34750 MATANG

EN. YAHYA BIN ZABRIAH

010-5399628

KAMPUNG BATU 6 & 7 34850 CHANGKAT JERING

EN. ABD. SANI BIN JOHARI

8483450/019-4249034

KAMPUNG BATU TEGUH 34700 SIMPANG

EN. ABD. GHANI BIN ABD. AZIZ

012-5893643

KAMPUNG MENTERI 34650 KUALA SEPETANG

TN HAJI MOHAMAD NOOR BIN MOHAMAD RAZALI

0121-5808232

KAMPUNG BATU 9 & 10 34850 CHANGKAT JERING

EN. MAT YASA BIN RAZALI

013-4524331

KAMPUNG BATU 8 34850 CHANGKAT JERING

EN. KAMARUDDIN BIN IDRIS

019-7223034

KAMPUNGV MATANG GELUGOR 34750 MATANG

EN. HISAMUDDIN BIN WAHAB

017-4329104

KAMPUNG SETIA/KG.DEW 34700 SIMPANG

EN ABDUL HALIM BIN ARIFFIN

012-5038090

KAMPUNG JEBONG KIRI 34750 MATANG

EN. ZUALIDIN BIN ADB. MAJID

019-5763077

 

SENARAI KAMPUNG UTAMA DAN KAMPUNG RANGKAIAN MUKIM MATANG

Kampung Menteri

Pekan Kuala Sepetang
Kampung Baru Cina
Kampung Seberang
Kampung Tepi Sungai Menangis
Kampung Bagan Sangga
 
Kampung Jebong Kiri

Kampung Changkat Kiri

Kampung Tebing Tinggi
Kampung Jalan Telok Kertang
Kampung Bagan Senangin
Kampung Jebong Lama
 
Kampung Simpang
 
Kampung Sungai Mati
Ladang Laurdadale
Kampung Batu 5
Kampung 20
Kampung Baru Jalan Jaha
Taman Legenda
Taman Simpang Aman
Taman Mawar
Taman Kota Jaya
 
Kampung Matang Road
 
Kampung Tebok
Kampung Batu Matang
 
Kampung Perak
Kampung Padang Besar

Kampung Hujong Matang

Kampung Sungai Lang
Kampung Telok Kertang
Kampung Sungai Retaka
Kampung Matang Jambu
Pekan Matang
Kampung Melawati
Taman Sri Matang
Kampung Batu 6
Kampung Batu 7
Kampong Dusun Madinah
Kampung Belakang Pejabat Pos
Kampung Batu Tegoh
Kampung Jebong Lama
Kampung Simpang Halt
Kampung Jelapang Jaya
Taman Putra Jaya
Taman Sri Larut
 
Kampung Matang Gelugor
Kampung Matang Pasir
Kampung Batu 8
Kampung Changkat Ning
Kampung Sendok

Kampung Batu 9

Kampung Batu 10
Kampung Sungai Limau
Kampung Kepala Bukit
Kampung Setia
Kampung Dew
Kampung Simpang Halt
Taman Berkat
Taman Jebong Ama
SEJARAH PENTADBIRAN MUKIM SUNGAI TINGGI

Mengikut sejarah yang diceritakan oleh orang tua-tua nama kampung Sungai Tinggi diberikan oleh penduduk asal yang membuka perkampungan tersebut. Dikatakan oleh penduduk sekitar tersebut kawasan berhampiran sebatang sungai yang mempunyai tebing yang sangat tinggi dan curam berbanding dengan tebing-tebing sungai yang lain. Kawasan tersebut masih dapat dilihat iaitu di kawasan tebing sungai Kampung Kelubong. Di zaman penjajah dahulu, Kampung Sungai Tinggi sangat terkenal sebagai sebuah pelabuhan dimana aktiviti memungut cukai juga berpengkalan di kampung tersebut. Sebuah rumah rehat juga pernah didirikan oleh pihak British di Kampung Sungai Tinggi untuk digunakan sebagai tempat bermalam oleh Pegawai British yang datang memungut cukai. Di atas tapak bekas rumah rehat tersebut kini telah didirikan sebuah Dewan Orang Ramai yang kini dikenali sebagai Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Tinggi.

Pejabat Penghulu mula beroperasi pada tahun 1926 di Kampung Sungai Tinggi dan kemudian berpindah ke Kampung Padang Gajah pada tahun 1932 sehingga kini.

Kampung Padang Gajah merupakan sebuah perkampungan di dalam Mukim Sungai Tinggi yang berada di laluan jalan Taiping Bruas. Pertumbuhan kampung dan penduduk di sesuatu tempat bergantu kepada sosio ekonomi setempat. Kewujudan Pejabat Penghulu Padang Gajah adalah berdasarkan keramaian penduduk dengan adanya beberapa Ladang Getah disekitar selepas perang dunia pertama.

Pembinaan Pejabat Penghulu Padang Gajah pada tahun 1932 adalah dianggap strategik pada masa itu apabila terdapat ramai penduduk yang tinggal di sekitar dengan bekerja di ladang getah dan perlombongan. Hari ini jalan Padang Gajah tidaklah sesibuk seperti dahulu kerana pertambahan penduduk lebih tertumpu di jalan pesisir pantai iaitu jalan Temelok Pantai Remis. Walaubagaimanapun, fungsi Pejabat Penghulu Padang Gajah masih relevan kerana ia mencakupi kawasan satu mukim.

Pada masa kini Pejabat Penghulu Padang Gajah telah bertukar nama sempena dengan nama satu mukim iaitu Pejabat Penghulu Mukim Sungai Tinggi. Pentadbiran Penghulu Mukim Sungai Tinggi kini diuruskan oleh seorang Penghulu dibawah pentadbiran Pejabat Tanah dan Daerah Larut Matang dan Selama serta seorang kerani.Terdapat 7 buah Kampung Induk yang dipengerusikan oleh Ketua Kampung dibawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

 
 

PENTADBIRAN MUKIM MENGIKUT PECAHAN KAMPUNG

Terdapat 7 buah kampong induk serta rangkaian kampong kecil seperti berikut;

BIL

KAMPONG INDUK

KAMPONG RANGKAIAN

NAMA KETUA

NO. TELEFON

1

Kg.Sg.Nyior

Kg.Sg.Nyior

Kg.Padang Gajah

Kg.Air Terjun

Kg.Simpang Temerlok

Kg.Allagar

Kg.Jawa

En.Mohd Saadin Bin Yusof

 

En.Shahrizan bin Shaffiee

(Setiausaha JKKK)

019-5000282

 

 

012-5197909

2

Kg.Sg.Tinggi

Kg.Sg.Tinggi

Kg.Baru, Ulu Sg.Tinggi

Kg.Kelubung

En.Anuar

 

En.Abu Salim Bin Karim

(Setiausaha JKKK)

012-5080125

 

014-2449027

3

Kg.Permatang Raja

Kg.Permatang Raja

Matang Kamunting

Tenaga setia

Kg.Tebuk

En.Musa Bin Mustafa

 

Hj Md Salim Bin Amat

(Setiausaha JKKK)

019-5071214

 

017-5110412

4

Kg.Batu Hampar

Kg.Batu Hampar Dalam

Pdg.Serai Dalam

Kg.Berjaya

Kg.Selamat

Sunagi Rotan

Batu 23

Hj.Zainal Abidin Bin Nusi

 

En.Khairi Bin Yaakob

(Setiausaha JKKK)

019-4101297

 

 

016-5110412

5

Kg.Sg.Che Rahmat

Kg.Sg.Che Rahmat

Kg.Pancur Laut

Kg.Permatang Laut

En.Mohd Ramli Bin Mat Din

 

En.Zainol Abidin Bin Tahir

(Setiausaha JKKK)

017-5634458

 

 

019-5382739

6

Kg.Sg.Keluang

Sg.Keluang

Telok Nibung

Pasir Hitam

Pengkalan Sg.Kerang

Kg.Sg.Baru

Kg. Nibung

En.Asharuddin Bin Kahar

 

En.Shaiful Haslan Bin Mat Saad (Setiausaha JKKK)

012-2767761

 

 

017-5382739

7

Kg.Matang Merbau

Kg.Matang Merbau

Kg.Matang Kerian

En.Azid Bin Arof

 

En.Mohamad Bin Haroon

(Setiausaha JKKK)

019-4104742

 

016-5023577

 

SENARAI NAMA KETUA KAMPUNG BAGI MUKIM SUNGAI TINGGI

BIL

NAMA & ALAMAT

NAMA KAMPUNG

KAMPUNG LAIN DIBAWAH SELIAAN

NO.TELEFON

1

ABD AZID BIN AROF

45 Kpg Matang Merbau 34800 Trong, Perak.

MATANG MERBAU

Kpg. Matang Merbau

Kpg. Matng Kerian

019-4104742

2

MOHD SAADIN BIN YUSOF

No.44 Jalan Bunga Raya, 33000 Kuala Kangsar , Perak.

SUNGAI NYIUR

Kpg.Sg.Nyior

Kpg.Jawa

KPG. Padang Gajah

Kpg. Air Terjun

Kpg.Simpang

Temerlok

Ladang Allaggar

019-5000282

019-5000252

3

ASHARUDDIN BIN KAHAR

No.20 C, Kpg Sungai Baru 34800 Trong, Perak.

SUNGAI KELUANG

Kpg Sungai Keluang

Telok Nibung

Pulau Pasir Hitam

Pengkalan Sungai

Kerang

Kpg Sungai Baru

Kpg Tebok

019-5071214

4

MUSA BIN MUSTAFA

200 A Kpg Tebok,

Permatang Raja 34900 Pantai Remis, Perak.

PERMATANG RAJA

Kpg Permatang Raja

Kpg Matang

Kamunting

Kpg Tenaga Setia

Kpg Tebok

019-5071214

5

ANUAR BIN ABD AZIZ

No.4 Kpg Kelubong,

34800 Trong Perak.

SUNGAI TINGGI

Kpg Sungai Tinggi

Kpg Baru Ulu

Sg. Tinggi

Kpg Kelubung

012-5080125

6

MOHD RAMLI BIN MAT DIN

No.73 Kpg Sg. Che Rahmat, 34900 Pantai Remis, Perak.

SUNGAI CHE RAHMAT

Kpg Sg. Che Rahmat

Kpg Pancur Laut

Kpg Permatang Laut

017-5634458

7

ZAINAL ABIDIN BIN NUSI

Kpg Berjaya, Batu 27 Batu Hampar, 32700 Beruas, Perak

BATU 26/BATU /HAMPAR

Kpg Batu Hampar Dalam

Kpg Berjaya

Kpg Selamat

Kpg Sungai Rotan

Kpg Batu 23

019-4101297

Bukit Gantang merupakan Mukim dalam Daerah Taiping Negeri Perak Darul Ridzuan. Mukim Bukit Gantang terletak di bawah pentadbiran Larut Matang dan Selama. Mukim ini terletak bersempadan dengan mukim Kampung Buaya, daerah Kuala Kangsar yang memisahkan dengan sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Berapit. Terletak pada koordinat 4’ 47’ 0” Utara, 100’ 46’ 0” Timur. Kampung Bukit Gantang berhampiran Lebuhraya Utara Selatan, berdekatan dengan Changkat Jering, Kampung  Cheh, Matang, Padang Rengas, Kuala Sepetang dan lain-lain.

Nama Gantang diambil daripada nama bukit, ditemui sejenis alat yang dinamakan gantang. Gantang ialah sejenis alat untuk mengukur jumlah beras atau padi. Bentuknya seperti bentuk tong susu tepung Nestle yang bersaiz 2 kilo. Saiz yang lebih kecil ialah cupak. 4 cupak bersamaan 1 gantang.

Kawasan ini merupakan kawasan pertanian khususnya padi sawah, getah, kelapa sawit dan buah-buahan. Bukit Gantang mendapat julukan ‘Tropical Fruit Village’. Hampir keseluruhan penduduknya terdiri daripada orang Melayu.

 
SEJARAH AWAL BUKIT GANTANG

Satu ketika dahulu, Bukit Gantang pernah dijadikan sebagai pusat pentadbiran Jajahan Larut oleh Long Jaafar setelah dilantik sebagai ketua daerah Larut melalui perlantikan oleh ayahandanya Syed Alang Alauddin ibni Sultan Mudzaffar Syah III, Maharaja Benua Islam Siam Kedah pada tahun 1856. Syed Alang Alauddin juga bergelar Panglima Bukit Gantang.

Long Jaafar telah mendirikan sebuah kubu pertahanan di Pekan Bukit Gantang bagi menangkis serangan dari Thai dan Kedah semasa zaman pertengahan dahulu. Kota ini juga telah menyaksikan peperangan antara Thai dan Kedah terhadap Kerajaan Negeri Perak dan menyaksikan pertahanan utara negeri Perak jatuh kepada Thai dan Kedah yang mengakibatkan angkatan perang Perak terpaksa berundur ke Kuala Kangsar sebelum perjanjian damai antara Thai dan Perak ditandatangani.

 
KAMPUNG-KAMPUNG SEKITAR BUKIT GANTANG
  • Kampung Bukit Gantang
  • Kampung Seberang Ampang
  • Kampung Pauh
  • Kampung Senduk
  • Kampung Cheh
  • Kampung Cheh Ulu
  • Kampung Changkat Ibol
  • Kampung Berchat
  • Kampung Banggol Rendang
  • Kampung Kubu
  • Kampung Chengal Jantan
  • Kampung Jelutong
  • Kampung Sungai Petai
  • Kampung Tengah
  • Kampung Dusun Batak

Batu Kurau merupakan salah sebuah Mukim di Daerah Larut Matang yang terletak kira-kira 20km dari Bandar Taiping. Batu Kurau boleh dilawati dengan melalui jalan besr dari Kamunting ke Batu Kurau atau dari Selama melalui Jalan Redang Panjang atau Jalan Pondok Tanjung ke Batu Kurau.

Dari sudut sejarah, Batu Kurau telah dibuka sejak tahun 1850-an lagi, apabila pemimpin Batu Kurau yang pertama iaitu Tok Amar Wan Kasa Bin Raja Hulubalang Petani telah dilantik menjadi penghulu pada tahun 1859-1857. Dalam hal ini didapati sejarah kewujudan mukim Batu Kurau adalah sezaman dengan sejarah pembukaan dan kemajuan Bandar Taiping pada tahun 1850-1857 semasa Long Jaafar menjadi pembesar di jajahan Larut (Taiping).

Menurut orang tua-tua asal-usul nama Batu Kurau diambil sempena daripada seketul batu besar yang menyerupai ikan kurau yang terletak di tebing sungai kurau (berhampiran jambatan jalanraya Kampung Batu 14). Sungai ini berpunca daripada beberapa batang anak sungai dari Kampung Sempeneh, Anak Kurau, Changkat Lobak hingga ke Kampung Pondok Tanjung, seterusnya mengalir ke Bukit Merah dan masuk muara di Kuala Kurau, Daerah Kerian.

Selain itu, antara orang yang terkenal ialah Ustaz Kazim Elias Al-Hafis yang lebih dikenali dengan gelaran Uke.

Penduduk di Batu Kurau kebanyakkan terdiri daripada orang Melayu keturunan Petani yang mempunyai pertalian darah dengan pendudukan wilayah Pattani, Selatan Thai. Sememangnya orang Petani suka memilih tempat yang strategi untuk membuka kampung sesuai dengan cara hidup mereka yang bercucuk tanam dan menternak haiwan.

Mereka suka tinggal di kawasan kaki bukit yang mempunyai lata sungai yang jernih airnya serta kawasan tanah pamah yang berpaya untuk menanam padi. Kawasan kaki bukit memang sesuai untuk tanaman pokok buah-buahan seperti durian, langsat, mangis, cempedak, dan sebagainya: sementara lata yang mengalir ke sungai-sungai dapat membekalkan air ke sawah padi. Justeru, kehidupan orang petani yang begitu simbiosis dengan faktor alam semula jadi ini telah menjadi satu nostalgia sebagai mana dengan serangkap lagu lama orang Petani seperti di bawah:

Ayun pak pek pak pong Gulai asam pedas, Pakai baju tampung , Lenggang bagai duras, Duras buaya kampung, Hilir-hilir mudik, Mana kampung kita , Balik sana bukit. Justeru, walaupun dimana jua di negara ini, jika kita melihat permandangan topografi seperti ini sudah pasti penduduknya terdiri daripada orang-orang petani. Sebagai contoh di negeri Perak orang petani juga tinggal Ijok , Selama, Bukit Gantang, Air Kuning, Lenggong, Grik, dan Pangkalan Hulu; sementara di Kedah pula di Baling dan juga Sik.

Nama-nama tokoh besar yang lahir dari Batu Kurau ialah seperti Allahyarham Dato’ Seri Hj. Kamaruddin b. Mat Isa mantan Menteri Besar Perak yang kelima (1970-1974) yang berasal dari kampung Batu 16. Selain itu, Allahyarham Tuan Hj. Muhammad Saman B. Muhammad yang lebih dikenali sebagai Hj. Mat Saman Kati (1922-1995) berasal dari kampung Relau Berdiri, Batu16; merupakan seorang ulama terkenal dan pernah dilantik sebagai Mufti negeri Perak dari tahun 1978-1986.

 
SENARAI NAMA PENGHULU BATU KURAU
  • Tok Amar Wan Kasa B. Raja Hulubalang Petani (1859-1867)
  • Wan Musa B. Tok Amar Wan Kasa (1868-1881)
  • Tok Semanggik B. Wan Musa (1882-1887)
  • Wan Teh Safiah Bt.Wan Ismail (1888-1889) * satu-satunya Penghulu kaum wanita
  • Mohd. Ali B. Tok Amar Wan Kasa (1890-1895)
  • Hj. Mohd. Noh B. Laksamana Mohd. Amin (1898-1901)
  • Hj.Mohd. Saman B. Hj. Mohd. Amin (1898-1901)
  • Raja Chik Abd. Hamid B. Raja Hj. Yahaya; Tok Muda Imam Paduka Tuan (1902-1904)
  • Raja Hj. Yahaya B. Raja Syed Mohd. Ali (1905-1907)
  • Raja Shahbuddin. B. Raja Dagang; Tok Seri Rakna(1908-1910)
  • Hj. Abdullah Ali B. Retam; Tok Perdana (1911-1913)
  • Mohd. Sulaiman B. Salleh (1914-1919)
  • Mohd. Sajak B. Pandak; Tok Rakna Sakti (1920-1930)
  • Pandak Abd. Karim  B. Doya ;Tok Rakna Bongsu (1931-1936)
  • Mat Piah B. Abdullah (1937-1946)
  • Hj. Wan Abd. Manan B. Hj. Wan Abu Bakar (1947-1953)
  • Raja Sulaiman B. Raja Abdullah (1954-1960)
  • Meor Mohd. Yusoff B. Hj. Meor Hamzah (1961-1962)
  • Raja Ismail B. Raja Ahmad Tahjuddin (1963-1969)
  • Megat Amir B. Megat Yahia (1969-1971)
  • Wan Abdullah B. Wan Im (1972-1974)
  • Abd. Aziz B. Hj. Rafie (1975-1979)
  • Zolkapli B. Adnan (1980-1987)
  • Hj. Tun Yaacob B. Hj. Tun Abd. Raffar (1988-1993)
  • Zolkapli B. Adnan (1994-2006)
  • Zulkhalil B. Hj. Ahmad Razali (2007)
 

SENARAI KAMPUNG DI BATU KURAU

  • Kampung Batu 14
  • Kampung Padang Lalang
  • Kampung Batu 15
  • Kampung Sungai Akar
  • Kampung Batu 16
  • Kampung Cherok Pelanduk
  • Kampung Batu 20
  • Kampung Changkat Mesjid
  • Kampung Pantai Besar Ulu
  • Kampung Changkat Madrasah
  • Kampung Perak
  • Kampung Sungai Ara
  • Kampung Becah
  • Kampung Gudang
  • Kampung Simpang Empat
  • Kampung Relang
  • Kampung Simpang Empat Tengah
  • Kampung Jelai
  • Kampung Anak Kurau Sebarang
  • Kampung Air Hitam
  • Kampung Sempeneh Seberang
  • Kampung Pondok Quin
  • Kampung Bukit Bertam
  • Kampung Titi Kasai Tengah
  • Kampung Changkat Perah
  • Kampung Lilin
  • Kampung Titi Kasai
  • Kampung Cherok Kelian
  • Kampung Jabi
  • Kampung Batu 14 ½
  • Kampung Repoh
  • Kampung Batu 15 ½
  • Kampung Sempeneh Cempaka
  • Kampung Changkat Semambu
  • Kampung Anak Kurau
  • Kampung Pantai Besar Ijok
  • Kampung Perak
  • Kampung Pantai Besar Batu Kurau
  • Kampung Ulu Sepetang
  • Kampung Bawah Gunung
  • Kampung Pondok Tanjung
  • Kampung Changkat Larah
  • Kampung Changkat Lobak

Trong ialah sebuah Bandar di Perak, Malaysia. Bandar ini terletak diantara Changkat Jering dan Pantai Remis. Ianya terkenal dengan kualiti airnya dan penemuan air terjun. Bijih timah juga pernah dilombong di tempat ini hingga tahun 1980. Trong juga mempunya sebuah sekolah kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Jenis Cina dan Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil tetapi kemasukkan murid telah menurun sebegitu banyak. Bandar ini dikelilingi ladang getah dan pokok kelapa sawit. Terdapat banyak kedai lama di pusat bandar.

 
Masjid di Trong
  1. Masjid Air Terjun, Kampung Air Terjun, 34800 Trong, Perak.
  2. Masjid Al-Mahmudiah, Kampung Temelok, 34800 Trong, Taiping Perak.
  3. Masjid Al-Rahmaniah Trong, Perak.
  4. Masjid As-syarif , Kampung Padang Gajah Sungai Tinggi 34800, Perak.
  5. Masjid Jamek Kampung Sungai Tinggi 34800 Trong, Perak.
  6. Masjid sungai Kluang, Sungai Kerang 34800 Trong, Taiping Perak.