Berita dan peristiwa

  • Majlis Perasmian ADTEC Taiping

    22 Mac 2016, Majlis Perasmian ADTEC Taiping telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfullah di Dewan Besar Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping, 34600 Kamunting, Taiping, Perak Darul Ridzuan. Warga PDTLMS merafak sembah menjunjung kasih di atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum...

  • Program Lawatan Muhibbah SUK Perak ke DUN Batu Kurau

    12 Mac 2016: YB SUK Perak, Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan berserta kakitangan Pejabat SUK Perak telah mengadakan Kunjungan Muhibbah ke DUN Batu Kurau. Turut serta dalam program ini ialah Tuan Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama dan Y.B Dato' Dr. Hj. Muhammad Amin bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau juga sebagai wakil rakyat Batu Kurau.

  • Lawatan Daripada Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah Ke PDT Larut Matang & Selama

    11 Mac 2016: Kira-kira seramai 40 pegawai dan anggota kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah termasuk Pegawai Daerah Melaka Tengah, Datuk Rusnani binti Latip telah mengadakan lawatan ke PDT Larut Matang & Selama pada jam 3.00 petang. Pihak PDT Larut Matang & Selama dimaklumkan tujuan lawatan ini ialah sempena PDT Melaka Tengah sedang mengadakan Kursus Inovasi dan KIK Jabatan di daerah ini.

  • Majlis Penyampaian Watikah Lantikan Pengerusi JKKK Parlimen Taiping dan Watikah Lantikan Jawatankuasa Dan Pegawai Masjid Daerah Taiping

    4 Mac 2016: Majlis Penyampaian Watikah Lantikan Pengerusi JKKK Parlimen Taiping dan Watikah Lantikan Jawatankuasa Dan Pegawai Masjid Daerah Taiping telah diadakan pada jam 3.30petang bertempat di Hotel Taiping Perdana, Taiping. 
    Hadir dalam majlis tersebut ialah Y.A.Bhg Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Tuan Haji Wan Mohd Isa Bin Dato' Haji Wan Mohd Razali Orang
    Besar jajahan Larut Matang & Selama, YBhg. Dato' Ahmad Shalimin Bin...

  • Mesyuarat Penghulu-Penghulu Daerah Larut Matang & Selama Bersama Pegawai Daerah dan Pegawai-Pegawai Kanan Daerah Tahun 2016

    25 Februari 2016: Satu Mesyuarat Penghulu-Penghulu Daerah Larut Matang & Selama Bersama Pegawai Daerah dan Pegawai-Pegawai Kanan Daerah Tahun 2016 telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna, Kampung Batu 6/7, Ulu Selama.

  • Program YB MB Perak di Parlimen Bukit Gantang

    20 Februari 2016: Program Lawatan YAB Menteri Besar Perak ke Parlimen Bukit Gantang telah diadakan di Simpang Taiping bermula dengan ketibaan YAB MB ke Masjid Al-Islah, Pengkalan Aur. Program seterusnya dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang, Taiping dimana YAB Menteri Besar Perak telah Merasmikan Dewan Al-faisal dan Mesyuarat Agong PIBG SMK Simpang.
    Selain daripada itu turut diadakan ialah Penyerahan Watikah kepada Ketua...

  • Sekitar Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama

    Pada 15 Februari 2016 (Isnin) telah diadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama bertempat di Masjid Al-Hidayah, Assam Kumbang, Taiping.

  • Majlis Penyerahan Pentadbiran Bukit Larut Kepada MPT

    Jumaat 12 Februari 2016: Majlis rasmi Penyerahan Pentadbiran Bukit Larut daripada Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama kepada Majlis Perbandaran Taiping telah diadakan bertempat di Kaki Bukit Larut, Taiping. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Nolee Ashilin Binti Dato’ Mohammed Radzi telah berkesempatan merasmikan majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Tuan Pegawai...

  • Perhimpunan Bulanan Bil.1 2016 PDTLMS

    29 Januari 2015 (Jumaat) : Perhimpunan Bulanan bilangan pertama bagi tahun 2016 telah diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama bertempat di Bilik Gerakan PDTLMS. Tuan Kamarudin bin Awang selaku Pegawai Daerah telah menyampaikan beberapa amanat daripada Menteri Besar kepada semua kakitangan yang menghadiri perhimpunan tersebut. Turut diadakan ialah bacaan ikrar perkhidmatan awam.

  • Sekitar Majlis Sambutan Maulidur rasul Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama 1437H / 2015M

    8 Januari 2016: Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama 1437H / 2016M telah diadakan bertempat di Masjid Ar-Rashdiah, Pekan Selama, Perak. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Y.A.Bhg Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Tuan Haji Wan Mohd Isa Bin Dato' Haji Wan Mohd Razali, Orang Besar Jajahan Larut Matang & Selama dan turut diadakan ialah Ceramah Perdana yang disampaikan oleh SF Ustaz Haji Zamri Bin...