Berita dan peristiwa

  • Permukiman 1

    Program Permukiman YAB Menteri Besar Perak di Parlimen Bukit Gantang dan Parlimen Taiping

    22 November - 26 November 2016 : Program Permukiman YAB Menteri Besar Perak untuk kali terakhir bagi tahun 2016 telah diadakan di Parlimen Bukit Gantang dan Taiping. Program ini diadakan selama 5 hari bermula pada hari Selasa (22/11/2016) sehingga hari Sabtu (26/11/2016) dimana ianya dimulai dengan Mesyuarat EXCO di Hotel Taiping Perdana dan berakhir dengan program Santai Bersama Masyarakat Setempat di Kampung Changkat Larun DUN Changkat...

  • Siapsiaga 1

    Program Taklimat Keselamatan Dan Persediaan Jika Berlaku Kebakaran Oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Taiping.

    Selasa, 1 November 2016 bertempat di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang telah diadakan Program Taklimat Keselamatan Dan Persediaan Jika Berlaku Kebakaran Oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Taiping. Program ini dijalankan sempena sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) yang akan disambut pada setiap tahun.

  • Maal Hijrah

    Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Larut Matang & Selama 1438H / 2016M

    Jumaat, 28 Oktober 2016 telah berlangsung Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Larut Matang & Selama 1438H / 2016M yang diadakan bertempat di Masjid Jamek Kamunting, Taiping Perak. Majlis disempurnakan oleh Y.A.Bhg Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Dato’ Haji Wan Mohd Isa Bin Dato' Haji Wan Mohd Razali, Orang Besar Jajahan Larut Matang & Selama.

    Pengurusan Masjid Terbaik telah dianugerahkan kepada Masjid Al-Ikhwaniah,...

  • Program Hari Sukan Negara

    Perlawanan bowling sempena Program Hari Sukan Negara

    Sabtu, 8 Oktober 2016 bertempat di Winners Bowl, Plaza MPT telah berlangsung satu pertandingan bowling terbuka kepada ahli kelab Petanda dan keluarga sempena dengan sambutan Program Hari Sukan Negara yang disambut oleh rakyat Malaysia pada hari tersebut. Turut hadir ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (PLB) En. Ikram bin Ahmad juga menyertai pertandingan tersebut. Perlawanan bermula kira-kira jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang...

  • Ibadah Qurban Petanda Taiping

    Ibadah Qurban Kelab Petanda Taiping

    Rabu 14 September 2016 - Bertempat di Rumah Kelab Petanda Taiping telah diadakan satu Program Ibadah Qurban dan Gotong-royong telah diadakan bersempena dengan menyambut Perayaan Hari Raya Aidil Adha 1437H/2016M. Turut serta dalam program tersebut ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (PLB) iaitu Encik Ikram b. Ahmad, Pegawai-pegawai kanan, Penghulu Mukim, anggota dan kakitangan bagi semua unit serta ahli keluarga kelab Petanda Taiping. Tidak...

  • pasukan pancaragam

    Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2016 Peringkat Daerah Larut, Matang dan Selama

    3 September 2016: Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2016 Peringkat Daerah Larut, Matang dan Selama telah diadakan bertempat di Padang Esplanade Taiping, Perak. Program bermula seawal jam 6.30 pagi dengan pendaftaran peserta perbarisan sebanyak 48 kontinjen termasuk pasukan pancaragam dan perarakan kenderaan.
    Turut diadakan pada majlis tersebut ialah acara Deklamasi Sajak Kemerdekaan, Persembahan Koir oleh guru-guru daerah Larut Matang...

  • Kontinjen daerah Larut Matang dan Selama

    Daerah LMS Tempat Ke-2 Kawad Terbaik Kategori Daerah & Tanah pada Sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 Peringkat Negeri Perak

    31 Ogos 2016: Kontinjen kawad Daerah Larut, Matang dan Selama telah memenangi tempat kedua Kategori Kawad Terbaik Daerah & Tanah dalam perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 Peringkat Negeri Perak bertempat di Ipoh Perak.
    Bagi kategori ini Daerah Kinta Batu Gajah telah diumumkan sebagai Johan dengan pungutan mata sebanyak 93.70 mengatasi Daerah Larut, Matang dan Selama dengan mata sebanyak 92.57 markah manakala tempat ketiga pula...