Berita dan peristiwa

  • Marris1

    Majlis Undian Projek Penyelenggaraan Jalan Kampung Negeri Perak (MARRIS)

    Bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Dan Tanah Larut Matang dan Selama telah diadakan Majlis Undian Projek Penyelenggaraan Jalan Kampung Negeri Perak (MARRIS) bagi daerah LMS pada 18 April 2017 (Selasa) bermula diantara 9.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Seramai 152 orang kontraktor telah hadir untuk mengundi bagi sejumlah 35 projek dengan nilai RM1,440,000.00. Ahli Jawatankuasa Perolehan Undian pada majlis ini terdiri daripada Pegawai...

  • Gotong-royong1

    Program Gotong Royong Mencegah Aedes

    Pada 26 Mac 2017 (Ahad) telah diadakan satu Program Gotong Royong Mencegah Aedes anjuran JKKK Batu 4, Kamunting bersama Agensi Kerajaan daerah Larut Matang bertempat di penempatan penduduk di Rumah Awam Batu 4 dan India Sattlement Batu 4, Kamunting, Taiping, Perak.
    Tujuan utama program ini adalah untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes yang boleh mengakibatkan demam denggi disamping mendidik masyarakat setempat untuk menjaga kebersihan...

  • apcb1

    Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Tahun 2016

    Pada 17 Mac 2017 (Jumaat) telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Tahun 2016 bertempat di Hotel SSL Traders, Kamunting, Perak. Majlis bermula pada jam 3.30 petang dimana turut dijemput hadir adalah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Y.B. Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan dan beberapa Agensi Kerajaan Daerah Larut Matang & Selama.
    Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Penjawat...

  • Kedah1

    Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah LMS dan Lawatan Perkongsian Ilmu Di Pejabat Daerah Kota Setar, Kedah

    21 Februari 2017:  Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah Larut Matang & Selama  dan Lawatan Perkongsian Ilmu telah diadakan bertempat di Pejabat Daerah Kota Star, Alor Star, Kedah Darul Aman.

  • Lawatan1

    Lawatan Kerja Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Perak Ke Pejabat Daerah Larut Matang & Selama

    Pada 10 Februari 2017 Pejabat Daerah Larut Matang & Selama telah menerima kunjungan dan Lawatan Kerja oleh Y. Bhg. Dato' Syed Mokhtar Bin Syed Iddris, Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Perak. Tujuan lawatan ini adalah untuk penyampaian amanat dan kunjungan mesra bersama kakitangan di Pentadbiran Tanah.

  • Bengkel1

    Bengkel Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Bagi Tahun 2017 di Pulau Pangkor

    20-23 Januari 2017: Bengkel Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Pejabat Daerah Dan Tanah Larut Matang dan Selama Bagi Tahun 2017 telah diadakan bertempat di Coral Bay Resort, Pulau Pangkor, Perak. Program ini diadakan bertujuan untuk meneliti dan melihat semula sasaran bagi tahun sebelumnya dan merancang keperluan strategik jabatan bagi tahun 2017. Hadir pada bengkel ini ialah Pegawai Daerah sendiri selaku Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan dan...

  • Perhimpunan Bulanan Serta Majlis Kesyukuran Dan Penghargaan Sempena Pencapaian Tahun 2016

    Perhimpunan Bulanan Serta Majlis Kesyukuran Dan Penghargaan Sempena Pencapaian Tahun 2016

    23 Disember 2016 (Jumaat) bertempat di Ballroom Hotel Taiping Perdana telah berlangsung satu program penutup tahun 2016 iaitu Perhimpunan Bulanan Serta Majlis Kesyukuran Dan Penghargaan Sempena Pencapaian Tahun 2016 Dan Penganugerahan Yang Diterima Oleh Pejabat daerah Dan Tanah Larut Matang Dan Selama. Program bermula kira-kira jam 3.10 petang dimulai dengan nyanian lagu Negaraku dan lagu Perkhidmatan Awam disusuli bacaan doa oleh Penghulu...