History

Pada tahun 1895, pembinaan bangunan Pejabat Kerajaan baru telah dimulakan untuk menggantikan bangunan lama Pejabat Daerah yang dibina pada tahun 1883. Bangunan baru yang dibina mengikut rekabentuk bangunan Victoria. Bangunan ini direka dengan dimuatkan sebuah Dewan Majlis Orang Ramai, Pejabat untuk Sekretariat, Pejabat Perbendaharaan, Pejabat Audit, Pejabat Pendidikan serta Jabatan Perhutanan.

Bangunan ini siap dibina pada tahun 1897 dan mula beroperasi pada tahun 1898. Hari ini, ia adalah premis Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama.

English
Bangunan PDTLMS