Friday Prayer Programme with D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan

Jumaat, 6 November 2015: D.Y.T.M. Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa telah berkenan mencemar duli menghadiri Program Solat Jumaat Bersama bertempat di Masjid India Muslim, Taiping. Majlis dihadiri oleh Wakil Rakyat, Tuan Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Jabatan Daerah, Kakitangan-kakitangan kerajaan, AJK Masjid serta Orang Ramai. Majlis dimulai dengan ketibaan orang ramai serta ketibaan dif-dif jemputan, seterusnya keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Majlis diteruskan lagi dengan solat jumaat bersama-sama D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan dan diakhiri dengan majlis santapan.

English
Bergambar bersama D.Y.T.M Raja Muda Perak