Berita dan peristiwa

  • Bersara4

    Hari Terakhir Pegawai Daerah Larut Matang Bertugas Sebagai Penjawat Awam

    Jumaat 29 Disember 2017 merupakan hari terakhir Pegawai Daerah Larut Matang Dan Selama iaitu Dato' Haji Kamaruddin Bin Awang berkhidmat sebagai penjawat awam. Bermula jam 8.15 pagi telah diadakan satu perhimpunan bulanan khas sempena hari terakhir persaraan beliau dan pada sebelah petangnya beliau dibawa berarak mengelilingi Taman Tasik Taiping dengan menaiki kereta klasik dan diiringi dengan motorsikal vespa setelah selesai 'punch out' yang...

  • jumaat1

    Program Solat Jumaat Bersama D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan

    Jumaat, 10 November 2017: D.Y.T.M. Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa telah berkenan mencemar duli menghadiri program solat Jumaat bersama bertempat di Masjid Bukit Gantang, Taiping. Majlis dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Jabatan Daerah, Penghulu-Penghulu Mukim, Kakitangan-kakitangan kerajaan, AJK Masjid serta Orang Ramai. Majlis dimulai dengan ketibaan orang ramai serta ketibaan dif-dif...

  • En. Faizol Amir bin Mohd Azraie

    Kursus Asas Pengurusan Kewangan Serta Tuntutan Dalam Perkhidmatan Awam

    7-8 November 2017 bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang Dan Selama telah diadakan Kursus Asas Pengurusan Kewangan Serta Tuntutan Dalam Perkhidmatan Awam yang dianjurkan oleh Unit Latihan BKP. Kursus ini telah mengundang penceramah dari Pejabat Bendahari Negeri Perak merangkumi beberapa tajuk asas iaitu:

    • Asas Pengurusan Kewangan Kerajaan
    • Pengurusan Perolehan - Pembelian Terus dan Sebutharga...
  • kesy1

    Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Tahun 2017

    3 November 2017 (Jumaat) telah berlangsung Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Tahun 2017 bertempat di Masjid Daerah Taiping bermula pada jam 12.00 tengah hari. Acara dimulai dengan ketibaan orang ramai dan ketibaan dif-dif jemputan sebelum bacaan Yaasin dan Tahlil berlangsung. Program selesai sepenuhnya selepas jemaah menunaikan solat Jumaat.

  • per1

    Perhimpunan Bulanan Bulan November 2017

    1 November 2017 bertempat di Perkarangan Pejabat Daerah Dan Tanah Larut Matang telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Bulan November 2017. Program bermula kira-kira jam 8.10 pagi dimulai dengan nyanian lagu Negaraku dan lagu Perkhidmatan Awam disusuli bacaan doa oleh En Mohamad Bin Hasan Ketua Pembantu Tadbir di Bahagian Pembangunan Luar Bandar. Majlis kemudiannya menjemput Pegawai Daerah Larut Matang Dan Selama, YBhg. Dato' Haji Kamaruddin...

  • inov1

    Anugerah Inovasi Pentadbiran Tanah (AIPDT) 2017

    31 Oktober 2017 bertempat di Dewan Bankuet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah berlangsung Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2017 Peringkat Negeri Perak. Pada majlis ini PDTLMS telah menerima anugerah saguhati bernilai RM750 bagi inovasi yang dipertandingkan iaitu aplikasi android iConverter yang dipertandingkan di bawah kategori Anugerah Inovasi Pentadbiran Tanah (AIPDT) 2017. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh...

  • kes1

    Inspektorat Khas Keselamatan

    Pada 16-17 Oktober 2017 Pejabat Daerah Dan Tanah Larut Matang Dan Selama telah dikunjungi oleh wakil Inspektorat Khas Keselamatan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Perak bagi pengauditan Penilaian Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan. 

  • Ceramah1

    Ceramah Perdana Sempena Sambutan Hari Kebangsaan

    7 Sept 2017 (Khamis) Bertempat di Dataran Warisan, Taiping telah diadakan satu program Ceramah Perdana Sempena Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Larut Matang Dan Selama bersama penceramah jemputan iaitu Al-fadhil Ustaz Pahrol Muhamad Juoi.

  • Aidiladha1

    Program Gotong-Royong Ibadah Qurban Kelab Petanda Larut Matang

    Pada 4 September 2017 bersamaan dengan hari Isnin bertempat di Rumah Kelab Petanda Larut Matang, satu program gotong-royong sempena sambutan hari raya Aidiladha telah diadakan bagi memupuk semangat kerjasama dan ukhwah di kalangan pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah Larut Matang Dan Selama. Turut hadir dalam majlis ini ialah pegawai daerah sendiri Dato' Haji Kamaruddin Bin Awang bersama Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Encik Mohamed...

  • Raya 2017 1

    Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2017/1438H Pejabat Daerah Dan Tanah Larut Matang & Selama

    20 Julai 2017 Khamis bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Taiping telah diadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2017/1438H Pejabat Daerah Dan Tanah Larut Matang & Selama. Majlis bermula pada jam 2.30 petang dengan ketibaan tetamu jemputan dari jabatan kerajaan dan para pelanggan. Penyampaian sumbangan duit raya kepada anak yatim dan Taska Permata telah disempurnakan oleh dato' Pegawai Daerah LMS. Turut diadakan ialah persembahan...

  • deko1

    Program Dekorasi Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017/1438M

    13 Julai 2017: Penilaian bagi Program Dekorasi Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017/1438M telah berlangsung pada hari ini dimana pertandingan telah disertai oleh Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pembangunan Luar Bandar, Unit Teknikal & Penguatkuasaan Tanah, Unit Pndaftaran & Hasil Tanah, Unit Pelupusan & Pembangunan Tanah, Taska Permata Daerah Larut Matang, Pejabat Penghulu Mukim Batu Kurau dan Pejabat Penghulu Mukim...

  • obor1

    Larian Obor Daerah Larut Matang 2017

    8 Julai 2017 telah berlangsung Larian Obor Daerah Larut Matang 2017 sempena Sukan SEA ke-29 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. Program diadakan di Dataran Warisan Taiping dan bermula seawal jam 7.00 pagi dimana pelepasan acara larian telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Perak, Dato` Haji Ahmad Shalimin Bin Ahmad Shaffie. Turut hadir ialah Pegawai Daerah LMS, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Pegawai...

  • Penghulu bukit gantang

    Ziarah Petanda Taiping

    16 Jun 2017: En. Ikram Bin Ahmad selaku Ketua Penolong Pegawai Daerah (PLB) dan beberapa kakitangan dari Kelab Petanda Taiping telah mengunjungi Encik Fadhil iaitu Penghulu Mukim Bukit Gantang yang telah mengalami kemalangan jalanraya pada 24 Mei 2017 di Batu Gajah. 

  • zakat1

    Program Penyampaian Zakat Yayasan Al-Faisal

    15 Jun 2017 telah berlangsung di Masjid As-Sharif, Kampung Padang Gajah, Trong, Perak Darul Ridzuan Program Penyampaian Zakat Yayasan Al-Faisal yang telah disempurnakan oleh YAB menteri Besar Perak Daerul Ridzuan. Progam ini juga diadakan sempena Program Jom Bantu Rakyat Parlimen Bukit Gantang yang turut disempurnakan oleh KUB Bukit Gantang, Pegawai Daerah dan YDP Majlis Perbandaran Taiping.

  • Berbuka DYAM1

    Majlis Berbuka Puasa bersama DYAM Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan

    14 Jun 2017: Majlis Berbuka Puasa Bersama DYAM Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A'Fifullah Shah telah diadakan bertempat di Masjid Al-Khairiah, Rantau Panjang, Selama. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Bacaan Ayat Suci Al-Quran, Tahlil, Majlis Berbuka Puasa bersama penduduk setempat, Majlis Jamuan dan Santapan, Solat Isyak & Solat Sunat Terawih berjemaah, Jamuan Moreh dan...

  • Jom bantu 1

    Program Jom Bantu Rakyat Parlimen Bukit Gantang

    7 Jun 2017: Program Jom Bantu Rakyat Parlimen Bukit Gantang telah diadakan bertempat di Daerah Larut Matang bermula dengan kunjungan YAB Dato' Seri Diraja Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Padang Taman Mewah (Fasa 1) bagi tujuan Ziarah Kasih Ramadhan Al- Mubarak anjuran Yayasan Tabung Haji Malaysia.

  • DYAM1

    Program Solat Jumaat Bersama D.Y.A.M Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan

    Jumaat, 19 Mei 2017: Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II Afifurlah telah berkenan mencemar duli menghadiri Program Solat Jumaat Bersama para jemaah  daerah LMS bertempat di Masjid Daerah Larut Matamg, Taiping. Majlis dihadiri oleh Wakil Rakyat, Tuan Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Jabatan Daerah, Kakitangan-kakitangan kerajaan, AJK Masjid serta Orang...

  • Exec1

    Program Executive Talk Bersama Penjawat Awam Daerah Larut Matang & Selama

    5 Mei 2017: Berlangsungnya satu Program Executive Talk Bersama Penjawat Awam Daerah Larut Matang & Selama bertempat di Hotel Taiping Perdana yang disampaikan oleh Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Perak, Dato` Haji Ahmad Shalimin Bin Ahmad Shaffie. Program ini telah dihadiri oleh kakitangan daripada Jabatan-jabatan Persekutuan dan Negeri yang berada di daerah LMS.

  • Marris1

    Majlis Undian Projek Penyelenggaraan Jalan Kampung Negeri Perak (MARRIS)

    Bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Dan Tanah Larut Matang dan Selama telah diadakan Majlis Undian Projek Penyelenggaraan Jalan Kampung Negeri Perak (MARRIS) bagi daerah LMS pada 18 April 2017 (Selasa) bermula diantara 9.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Seramai 152 orang kontraktor telah hadir untuk mengundi bagi sejumlah 35 projek dengan nilai RM1,440,000.00. Ahli Jawatankuasa Perolehan Undian pada majlis ini terdiri daripada Pegawai...

  • Pelepasan 1

    Amanat Pegawai Daerah

    Pada 14 April 2017 satu acara pelepasan dan amanat ringkas oleh YBhg Dato' Pegawai Daerah kepada kontinjen beladiri Daerah Larut Matang Dan Selama sempena Sukan "COMBAT" Peringkat Daerah Tahun 2017 telah diadakan di Perkarangan PDTLMS.

  • Gotong-royong1

    Program Gotong Royong Mencegah Aedes

    Pada 26 Mac 2017 (Ahad) telah diadakan satu Program Gotong Royong Mencegah Aedes anjuran JKKK Batu 4, Kamunting bersama Agensi Kerajaan daerah Larut Matang bertempat di penempatan penduduk di Rumah Awam Batu 4 dan India Sattlement Batu 4, Kamunting, Taiping, Perak.
    Tujuan utama program ini adalah untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes yang boleh mengakibatkan demam denggi disamping mendidik masyarakat setempat untuk menjaga kebersihan...

  • apcb1

    Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Tahun 2016

    Pada 17 Mac 2017 (Jumaat) telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Tahun 2016 bertempat di Hotel SSL Traders, Kamunting, Perak. Majlis bermula pada jam 3.30 petang dimana turut dijemput hadir adalah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Y.B. Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan dan beberapa Agensi Kerajaan Daerah Larut Matang & Selama.
    Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Penjawat...

  • Kedah1

    Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah LMS dan Lawatan Perkongsian Ilmu Di Pejabat Daerah Kota Setar, Kedah

    21 Februari 2017:  Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah Larut Matang & Selama  dan Lawatan Perkongsian Ilmu telah diadakan bertempat di Pejabat Daerah Kota Star, Alor Star, Kedah Darul Aman.

  • Lawatan1

    Lawatan Kerja Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Perak Ke Pejabat Daerah Larut Matang & Selama

    Pada 10 Februari 2017 Pejabat Daerah Larut Matang & Selama telah menerima kunjungan dan Lawatan Kerja oleh Y. Bhg. Dato' Syed Mokhtar Bin Syed Iddris, Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Perak. Tujuan lawatan ini adalah untuk penyampaian amanat dan kunjungan mesra bersama kakitangan di Pentadbiran Tanah.

  • Bengkel1

    Bengkel Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Bagi Tahun 2017 di Pulau Pangkor

    20-23 Januari 2017: Bengkel Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Pejabat Daerah Dan Tanah Larut Matang dan Selama Bagi Tahun 2017 telah diadakan bertempat di Coral Bay Resort, Pulau Pangkor, Perak. Program ini diadakan bertujuan untuk meneliti dan melihat semula sasaran bagi tahun sebelumnya dan merancang keperluan strategik jabatan bagi tahun 2017. Hadir pada bengkel ini ialah Pegawai Daerah sendiri selaku Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan dan...